Etika Pencegahan Wabak Dalam Islam

Wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) kini merupakan satu ancaman baru global di abad 21 terhadap kesihatan dan nyawa manusia yang semakin hari semakin mencemaskan. Insiden jangkitan penyakit berkaitan pernafasan ini menunjukkan ada peningkatan di kebanyakan tempat tertentu di dunia ini, lantas turut meningkatkan suasana panik dan gelisah orang ramai, ditambah pula tiada sebarang vaksin…

Bangkit Daripada Kejatuhan Baghdad

Seluruh dunia ketika ini masih lagi dihantui bahang dan keperitan yang berlaku akibat kesan pencerobohan Amerika Syarikat (AS) dan negara tentera bersekutu ke atas Iraq. Walaupun peperangan di bumi Iraq itu semakin berakhir, namun tiada jaminan bahawa kesan peperangan tersebut juga akan berakhir secara pantas di mana keadaan akan menjadi seperti sediakala, malah mungkin mustahil…

Kuatkan Suara Ummah Dengan Tindakan

Sesungguhnya banyak pengajaran yang mampu diselak dan direnungi akibat pencerobohan dan pencabulan Amerika Syarikat (AS) terhadap negara kecil Iraq terutamanya bagi komuniti Islam sejagat dalam menghadapi dunia global. Begitu juga, cabaran-cabaran yang bakal mereka tempuhi ketika berdepan dengan negara-negara kuasa besar tertentu yang sentiasa mengintai peluang yang ada untuk membenam mahupun merampas kekayaan hasil semula…

Kekuatan Islam Tegakkan Keadilan

Malaysia amat bertuah apabila diberi kepercayaan dan amanah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Ke-13 Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM). Ini adalah gambaran masyarakat dunia bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang boleh diharapkan. Dengan barisan kepemimpinan negara yang diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dunia mempunyai keyakinan yang…

Sikap Pemandu Cemarkan Hari Raya

Seluruh umat Islam kini walau di mana pun mereka berada masih lagi merayakan kemeriahan Syawal sebagai tanda kemenangan dan kesyukuran kepada Ilahi. Mereka menang kerana berjaya melawan segala kekangan hawa nafsu selama sebulan di bulan Ramadan. Dan mereka bersyukur kerana dikurniakan dengan ketibaan Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda kemenangan itu. Dan sewajarnya kemenangan mendidik dan…

Kesepakatan Moral Demi Kestabilan Dunia

KEHIDUPAN yang indah adalah kehidupan yang disulami oleh nilai-nilai akhlak, moral dan etika yang menjadi asas kepada apa jua aktiviti kehidupan dan pergaulan. Pengajaran dan penghayatan nilai-nilai yang mulia ini dalam kehidupan, sebenarnya menjamin kewujudan keamanan dan kestabilan dalam masyarakat manusia. Sesungguhnya nilai-nilai moral diperoleh daripada ajaran agama dan ketuhanan. Manusia sebagai makhluk yang dijadikan…

Kepentingan Kemahiran Teknikal Untuk Kemajuan Ummah

Pendidikan teknikal dan vokasional merupakan komponen yang tidak kurang pentingnya dalam sistem pendidikan negara, malah peranannya juga dalam meningkatkan kemajuan negara. Kepentingannya menjadi semakin agak mendesak dan mencemaskan apabila didapati penglibatan khusus generasi muda Islam dalam bidang ini agak ketinggalan berbanding bangsa lain. Dan dikhuatiri fenomena ini akan mendatangkan polemik dalam negara dan mungkin juga…

Ilmu Tunggak Kemajuan Pemikiran Generasi Muda

Sememangnya tiada sesiapa pun yang akan menyangkal anggapan dan kepercayaan bahawa aspek pendidikan merupakan syarat utama untuk mengenali dan mencipta kehidupan. Sistem pendidikan amat berkait rapat dengan ilmu pengetahuan. Manakala ilmu pengetahuan pula tidak dapat lari dari pembacaan, pengkajian dan penyelidikan. Sejarah mengakui bahawa Islam amat sinonim dengan ilmu pengetahuan, pembacaan dan penyelidikan. Wahyu pertama…

Generasi Muda Islam Perlukan Kekuatan Minda

Generasi muda di negara ini merupakan kelompok terbesar yang mengisi ruang populasi dan jumlah keseluruhan kependudukan negara. Dianggarkan sebanyak 50% daripada seramai lebih kurang 24 juta penduduk negara ini diisi oleh mereka yang berusia antara 15 hingga 40 tahun. Kadar ini membayangkan betapa negara ini dicorak oleh mereka sama ada dari segi keperluan sumber manusia,…