Akauntabiliti Menurut Pandangan Islam

Akauntabiliti atau tanggungjawab merupakan satu tugas dan kewajipan yang mesti dilaksanakan dengan sebaiknya. Melaksanakan tugas tersebut merupakan satu tanggungjawab, malah melaksanakan tugas tersebut dengan cara yang terbaik juga merupakan satu lagi tanggungjawab. Kesemuanya mestilah dilaksana dan diselesaikan. Menurut pengertian istilah, akauntabiliti ialah tugas dan tanggungjawab yang dilakukan oleh seseorang dan ia pula bersedia untuk menerima…

AIDS dan Isu Kesihatan Mental

Tamaddun manusia akan menyaksikan kemunculan alaf baru tidak berapa lama lagi. Dan isu-isu berkaitan AIDS akan terus menjadi sumber utama bagi kajian-kajian saintifik menjelang alaf tersebut. Pelbagai isu berkaitan dengan masalah ini akan cuba diselongkar oleh umat manusia itu sendiri. Mereka akan cuba mencari apa jua jalan penyelesaian bagi menangani gejala ini yang berpunca daripada…

Cabaran Belia Negara Menjelang Abad ke-21

Ungkapan yang biasa ditemui, belia dan beliawanis adalah harapan bangsa dan negara. Pemuda dan pemudi ataupun remaja dan belia masa kini adalah penyambung warisan kepimpinan dan kecemerlangan negara di masa akan datang. Mereka haruslah menyedari kenyataan ini. Sama ada mereka mahu atau tidak, mereka sewajarnya menyedia atau memperlengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sebaiknya. Cabaran mereka…

Islam Menjamin Kesihatan Seksual Remaja

Islam sebagaimana yang difahami merupakan satu gaya hidup yang lengkap dengan pelbagai panduan yang mencorakkan kesempurnaan ajarannya. Oleh yang demikian, umat Islam sudah semestinyalah tidak akan teraba-raba dalam mengharungi alam yang fana ini dalam keadaan yang tidak pasti atau dalam keraguan. Ini termasuklah isu yang berkaitan dengan seksualiti yang merupakan aspek kehidupan yang amat peribadi…

Sesuaikah Agenda Agama Dipolitikkan?

KETIKA mengisytiharkan permulaan puasa Ramadan pada 8 Disember yang lalu di Arab Saudi, media elektronik dan cetaknya mengeluarkan arahan dan amaran secara serentak bahawa orang bukan Islam hendaklah mematuhi peraturan yang tidak membenarkan mereka makan dan minum pada siang hari di khalayak ramai sepanjang bulan puasa. Mereka akan dikenakan tindakan sekiranya melanggar peraturan ini. Saya…

Pengaruh Emosi Dalam Keluarga

Keluarga merupakan satu institusi sosial yang memainkan peranan teramat penting dalam perkembangan individu manusia. Ini kerana keluarga itu sendiri terdiri daripada individu manusia yang mempunyai kepentingan dan hak-hak yang sama yang seharusnya diberi perhatian oleh setiap individu yan terbabit. Oleh itu, untuk melahirkan individu yang cemerlang, setiap ahli keluarga terutamanya ibubapa atau suami isteri dan anak-anak….

Islam Dan Motivasi Ilmu

Masyarakat Islam sememangnya telah mengetahui bahawa agama Islam yang mereka anuti adalah agama yang memandu mereka ke jalan yang lurus dan diberkati Tuhan. Ajarannya yang meliputi segala aspek kehidupan manusia sebenarnya mengandungi panduan yang amat lengkap dan melangkaui zaman. Atas dasar ini, segala aspek ajaran Islam telah diakui relevan dan sesuai pada setiap masa. Apa yang perlu diberikan perhatian ialah tahap keupayaan dan kemampuan setiap individu muslim itu untuk mengaplikasikan segala ajarannya secara lebih praktikal lagi bagi menonjolkan ciri-ciri kesesuaiannya agar lebih releven dengan suasana semasa berlandaskan kepada. prinsip-prinsip Islam atau tidak mengabaikan sama sekali cm-cm kerohanian dan keagamaan yang terkandung di dalam ajarannya…