Dakwah dan Teknologi Teras Pembangunan Jiwa Ummah

  Dakwah merupakan satu bentuk jalan untuk menyeru dan menyampaikan ajaran Islam secara bijaksana. Kepesatan pembangunan teknologi merupakan satu penjuru yang tidak harus dipinggirkan dalam memartabatkan dakwah agar pengajaran dan maklumatnya sampai kepada khalayak dengan cepat, tepat dan berkesan. Kombinasi kedua- dua elemen iaitu dakwah dan teknologi mewujudkan satu fenomena yang mampu mencetuskan natijah untuk…

Memasyarakatkan Sains , Menyemarakkan Tradisi Ilmu

Iqra’ yang membawa maksud bacalah merupakan wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW. Bertitik tolak dari saat itulah, pengembangan ilmu bermula. Wahyu yang mengajak umat manusia agar terus meneroka ilmu melalui pembacaan, pemahaman kemudian mengamalkannya dan seterusnya menyebarkan ilmu agar setiap hati sentiasa mengakui akan kebesaran Allah. Al Quran…

Mencegah Sebelum Parah

Pelbagai penyakit yang timbul dasawarsa ini kadangkala terlalu membimbangkan setiap masyarakat. Namun begitu, keadaan sesuatu penyakit bergantung kepada keupayaan badan seseorang melawannya. Jika kita lihat apa yang berlaku di sekeliling, penyakit bawaan haiwan seperti nyamuk aedes juga semakin menular dalam masyarakat khususnya di negara kita. Biar pun ia merupakan angka yang kecil untuk dibilang berbanding…

Titik Perubahan Ke Arah Kesihatan Sempurna

Melangkah ke tahun baru dengan azam yang baru, sudah menjadi kata sepakat bagi setiap insan yang menginginkan perubahan dalam hidup. Sesungguhnya dengan azam dan semangat yang kental, setiap insan mampu mengubah perjalanan hidup mereka menjadi lebih berjadual dan bermakna. Sesungguhnya, setiap hati menganggap bahawa mendepan ke tahun baru sama ada tahun hijri atau masehi, ia…

Menggamit Syawal Dengan Istiqamah

Biarpun Ramadhan telah berlalu namun kesan pentarbiyahan daripada kem Ramadhan seharusnya masih berbekas di setiap jiwa Muslim. Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan perlatihan yang bakal mencetuskan momentum untuk kebaikan yang akan diteruskan bulan- bulan seterusnya. Musim raya Aidilfitri ini merupakan jejak permulaan menentukan keberhasilan daripada natijah Ramadhan, adakah ia mampu mengundang kebaikan dan pahala sepertimana yang…

Syawal Bukan Puncak Pesta Makanan

Ramadhan hampir melabuhkan tirainya. Fajar Syawal akan menyingsing menandakan bermulanya detik yang dinantikan oleh semua kaum Muslimin setelah berpuasa selama sebulan. Namun, benarkah jihad berpuasa itu benar- benar terkesan dalam sanubari setiap insan? Atau sekadar menjadi momokan yang sering diperkatakan namun ia tidak seperti yang dilaksanakan? Ramadhan merupakan tarbiyyah untuk setiap Muslim yang melaluinya kerana…

Kegemukan: Ancaman Kesihatan Masa Kini

Bukan sekadar penyakit berjangkit yang menjadi isu perbualan hangat di antara masyarakat kini tetapi masalah kegemukan yang menjadi ancaman penyakit juga telah lama bertapak di setiap lapisan masyarakat kita kini telah menjadi isu kesihatan yang semakin hebat dibicarakan. Jika dulu, gemuk seringkali ditafsirkan sebagai sihat namun kini gemuk banyak dikaitkan dengan masalah kesihatan dan juga…

Rahsia Penciptaan Buah Delima

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, ” Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima”. [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada…

Buah Zaitun : Khasiat dan Keistimewaannya

“Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina”. (Surah at Tiin ayat 1 dan 2). Allah telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki. Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali,…