Jatidiri Perundangan Negara

Sistem perundangan yang mantap adalah antara prasyarat pembinaan negara dan seterusnya sebuah peradaban. Perkara yang tidak dapat dinafikannya keperluannya dalam pembentukan peradaban ialah kehidupan masyarakat yang teratur. Keteraturan sosial adalah prasyarat sebuah peradaban. Dalam menyusun keteraturan sosial itu, pelbagai sudut dan ukuran kehidupan masyarakat perlu diberikan perhatian. Dalam melakukan itu sudah tentu perundangan tidak boleh…

Undang-Undang Syariah dan Pelaksanaannya

Sebelum soal undang-undang Syariah ini menjadi hangat kembali dengan perbahasan di Dewan Undangan Negeri Kelantan, saya telah beberapa kali mengulas mengenainya dalam ruangan ini. Antara isu yang pernah dibangkitkan ialah kedudukan dan pemakaian undang-undang Syariah dalam konteks perundangan negara. Juga persoalan pelaksanaan yang merangkum kemudahan infrastuktur untuk pelaksanaannya serta sumber manusia berkaitan pelaksanaan. Apabila Rang…

Keperluan Undang-undang Pencegahan Keganasan

Dua tanggungjawab utama kerajaan ialah mempastikan kedaulatan negara dan menjaga keselamatan rakyat yang terangkum di bawah frasa ketenteraman awam. Dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, Kerajaan hendaklah memikirkan tentang ancaman, dan seterusnya bersedia menghadapi apa juga kemungkinan. Oleh itu, kerajaan hendaklah menyediakan prasarana yang cukup untuk menangani sebarang kemungkinan ancaman tersebut. Dalam perkembagan semasa dunia dan negara,…

Islamic State

“Daulah Islamiah”, “negara Islam”, atau dalam istilah lebih popular ketika ini, “Islamic State” (IS) menjadi satu istilah menarik, bukan sahaja bagi umat Islam, tetapi bagi masyarakat dunia semasa. Bagi umat Islam, Daulah Islamiah yang memegang prinsip Islam ialah lambang kekuasaan Islam. Usaha membentuk negara Islam berkembang setelah tamat Perang Dunia Kedua; apabila banyak negara Islam…

Demokrasi dan Islam II

Apabila demokrasi diterima sebagai salah satu prinsip pentadbiran dan pengurusan negara, di samping sistem Raja Berperlembagaan, persoalan berkaitan ialah, adakah prinsip demokrasi yang kita terima itu meminggirkan nilai tempatan dan agama? Pada minggu lepas saya telah menyebut mengenai kedudukan positif nilai tempatan dan agama dalam sistem dan amalan demokrasi di negara kita. Sebagai sebuah negara…

Demokrasi dan Islam di Malaysia

Demokrasi dan sistem pemerintahan, pentadbiran dan pengurusan negara dalam Islam telah sekian lama menjadi perbahasan. Kebanyakannya menyebabkan percambahan pelbagai pemikiran dalam kalangan orang-orang Islam. Para ahli fekah, ahli politik dan pengkaji sosial telah banyak menghasilkan karya atau mengeluarkan pendapat berkaitan demokrasi dan Islam. Umumnya persoalan utama dalam perbahasan tersebut ialah tentang persamaan dan juga perbezaan…

Kedaulatan Undang-undang

Kedaulatan undang-undang adalah satu lagi prinsip dalam konsep Faham Perlembagaan. Bagi Malaysia, prinsip kedaulatan undang-undang merupakan Rukun Negara yang keempat. Dalam perundangan Islam prinsip ini juga telah diperkenal terlebih dahulu. Perkataan “kedaulatan” bermaksud “kekuasaan yang tertinggi”. Oleh itu, prinsip “kedaulatan undang-undang” bermaksud “kedudukan undang-undang sesebuah negara sebagai kuasa tertinggi yang mesti dihormati dan dipatuhi oleh…

Civil Society And Democracy

Civil society and democracy are two concepts that are so closely linked. Generally, both of which became a phenomenon around the world during eighties with the development of democracy and the Soviet Union breakup. Economic underdevelopment, human rights violations, protest against one-party system, rejecting military regime and dictatorship are among the factors creating civil society…