Ketandusan Akalkah Kita Tentang Kaedah Mendidik Kanak-Kanak?

Dalam satu iklan bijirin sarapan, untuk menggambarkan betapa sedapnya bijirin itu, digambarkan seorang kanak-kanak yang membuat helah kepada ibunya dengan menyuruh ibunya menoleh ke belakang – seolah-olah ada sesuatu yang menarik di belakang ibunya itu – hanya supaya dia dapat menambah bijirin tersebut ke dalam mangkuknya.  Walaupun tujuan utama iklan ini bukanlah untuk mendidik kanak-kanak, namun,…

Lif Oh Lif Ciri Kediaman Bertingkat Tinggi Yang Memerlukan Penyelesaian Segera

Baru-baru ini, ketika dipaparkan tentang masalah lif rosak di kalangan penghuni sebuah flat di Sentul, kita telah dapat melihat betapa sukarnya kehidupan sebahagian dari ahli masyarakat kita yang mendiami kediaman bertingkat tinggi bila lif yang merupakan kemudahan asas di kawasan itu tidak lagi ‘memudahkan’ kehidupan mereka. Hakikatnya, penghuni flat Sentul itu bukanlah satu-satunya kelompok yang…

Kesedaran Beragama Penting Untuk Semua

Dalam satu seminar berkaitan pendekatan siasah ‘Islam Hadhari’ yang dihadiri oleh penulis, ada orang bukan Islam yang memberi pandangan bahawa mereka tidak faham apa yang dimaksudkan dengan ‘Islam Hadhari’ itu.  Ini kerana tiada usaha yang bersungguh-sungguh dilakukan untuk memperjelaskan pendekatan ini kepada mereka.  Akibatnya, mereka berpendapat bahawa pendekatan ini diperkenalkan khusus untuk orang Melayu/Islam semata-mata. Benarkah pendekatan…

Berpuasa Dengan Penuh Sedar

Hari ini, masuk hari ke-12 kita melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan.Apakah kita telah melaksanakan kewajipan ini dengan penuh sedar? Apabila kita melakukan sesuatu, apakah kita melakukannya dengan penuh sedar dan bertanggungjawab?Ramai yang beranggapan bahawa bila kita melakukan sesuatu, pastilah kita melakukannya dengan penuh sedar.Ini kerana jika tidak sedar, kita sama ada sedang khayal, tidur,…

Benarkah Banyak Kes Perceraian Yang Tertangguh Di Mahkamah Syariah?

Kita sering mendengar atau membaca dakwaan bahawa banyak kes perceraian di Mahkamah Syariah tertangguh untuk satu jangka masa yang lama. Dalam kes seperti ini, yang kerap kali menjadi mangsa ialah para wanita. Wanita yang hendak digelar “isteri”, suaminya tidak lagi melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami. Manakala hendak digelar “janda”, suaminya belum lagi melafazkan talak terhadapnya.…

Masalah Buang Bayi Perlu Ditangani

Ketika merasmikan Bengkel “Hak Perlindungan dan Keselamatan Kanak-kanak” anjuran Pusat Perundingan dan Latihan IKIM baru-baru ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Dr. Ng Yen Yen berkongsi pengalaman berikut. Menurut beliau, di zaman kecilnya apabila beliau bertanya kepada ibunya berkenaan dari mana beliau zahir, ibunya menjawab, “Tong sampah”.  Pada ketika itu, beliau dan keluarganya…

Kos Hidup Yang Tinggi: Badan Kebajikan Perlu Pasti Diri Terus Bermanfaat (Relevan)

Kenaikan harga bahan api yang berlaku secara mendadak pada kadar yang tinggi yang diumumkan baru-baru ini, amat mengejutkan banyak pihak. Jika kita mahu merungut mengenainya, memang banyak perkara yang boleh dirungutkan seperti: “Mengapa ia dibuat secara mendadak?”; “Kenapa rakyat tidak diberi amaran lebih awal?”; “Kenapa rakyat tidak disediakan dalam masa sebulan dua?”; “Mengapa kadar kenaikan…

Berhibur, Berhibur, Berhibur Sehingga ke Majlis Ilmu pun Mahu Terhibur

“Rakyat Malaysia suka berhibur. Semua rancangan hiburan akan ditonton walaupun ianya tidak menghiburkan.” Inilah maklumbalas seorang teman bila penulis menyuarakan bahawa terbitkanlah apa sahaja rancangan hiburan di Malaysia ini, pasti akan ada yang meminatinya. Mungkin ada benarnya pengamatan teman ini. Semua rancangan hiburan yang diterbit dan disiarkan di televisyen akan mendapat sambutan walaupun kadangkala kita…

Janji Jangan Sebarang Janji

Semua orang pernah berjanji tetapi tidak semua akan mengotakan janjinya.  Pemerhatian masyarakat Melayu silam akan sikap masyarakat yang tidak mengotakan janji ini membawa kepada peribahasa “Menanam tebu di tepi bibir”.  Ia merujuk kepada mereka yang menjanjikan pelbagai perkara manis tetapi kemudian memungkirinya.   Agama Islam amat tegas dalam perkara penunaian janji.  Dalam ayat 34, Surah al-Isra’ misalnya, umat…