Meneruskan Kegemilangan Saintis Islam

Amat mendalam maksudnya ungkapan al-Biruni, (m.d. 440H./1048M.) “Sesungguhnya yang kulakukan ini ialah apa yang wajib bagi setiap insan untuk dilaksanakan dalam kerjayanya, iaitu menerima pencapaian masyarakat terdahulu dengan penuh kesyukuran dan memperbaiki kesilapan yang ditemui tanpa rasa silu serta mengabadikan apa yang kelihatan berharga sebagai kenang-kenangan bagi orang yang datang selepasnya dan mereka yang terkemudian.”…

Ma`al Hijrah, Kita Dan Perubahan

Tahun baru Hijrah telah sekali lagi menjengah kita buat kali yang ke 1426. Semasa menyambutnya sembilan belas hari yang lalu, di sana-sini soal penghijrahan dan perubahan ke arah yang lebih baik keadaannya sibuk diperkatakan. Alangkah bermaknanya jika semua cita-cita dan hasrat memperbaiki kehidupan dan pencapaian itu benar-benar dapat dikotakan. Semangat melakukan perubahan dan mencapai peningkatan…

Masyarakat Ulul Albab : Modal Insan Terbaik

Langkah yang diambil oleh negara dengan mensasarkan pencapaian pembangunan menurut acuan dan bentuk tersendiri turut mencetuskan kecenderungan bagi melahirkan modal insan terbaik, juga menurut ciri-ciri yang khusus dan bersesuaian dengan keperluan negara. Sememangnya modal insanlah yang menjadi tumpuan penting dalam perancangan pembangunan dan kemajuan kerana ia merupakan tenaga penggeraknya. Di tangan mereka inilah setiap langkah…

Aidilfitri : Kemenangan kerana Kembali kepada Fitrah

Syawal yang menyusul sesudah Ramadan bagaikan medan untuk kita menilai dan merenung sejauh mana perjuangan meningkatkan ketaqwaan, menyucikan jiwa dan nurani dan meneguhkan keperibadian sepanjang bulan yang dilimpahi keberkatan itu benar-benar menghasilkan kejayaan serta kemenangan.  Takbir yang bergema bagi memuji Allah bermula pada malam Ramadan berlalu dimaksudkan bagi menyatakan kesyukuran kepada Allah atas kurniaan-Nya yang tiada…

Manfaatkan Keberkatan Ramadan

Bagai tetamu yang istimewa, Ramadan mengunjungi kita lagi dengan membawa perkhabaran dan jaminan yang istimewa lagi bermakna daripada Ilahi.  Jaminan bahawa sesiapa sahaja di kalangan hamba-hamba Allah s.w.t. yang melaksanakan segala bentuk ibadah  dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan memperoleh keampunan, keredaan serta rahmat-Nya.  Ramadan juga membawa nilai penting yang berkemungkinan jarang-jarang disedari oleh kebanyakan kita.  Bahawa ia menjelmakan…

Guru Oh Guru!

Hari Guru yang disambut tanggal 16 Mei saban tahun mengingatkan kita pada jasa dan pengorbanan guru yang tidak mungkin terungkap melalui perkataan. Sambutan ini bagi sesetengah orang tidak pernah cukup untuk menggambarkan betapa besarnya jasa, bakti serta sumbangan oleh individu yang bergelar guru. Menurut mereka, setiap saat jasa bakti mulia itu dikenang dan disemat kukuh…

Rakyat Berhak Nikmati Khidmat Perubatan Cemerlang

Peluang untuk mendapatkan khidmat kesihatan, rawatan dan perubatan yang memenuhi keperluan serta memuaskan merupakan salah satu hak yang perlu ditunaikan oleh pemerintah kepada rakyat. Sehubungan itu, pemerintah haruslah meningkatkan pelaksanaan sistem penjagaan kesihatan dari semasa ke semasa. Ini termasuklah menyediakan tenaga pakar perubatan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan rakyat. Dalam hubungan inilah juga, ilmu kedoktoran…

Pengajaran Bermakna daripada Musibah

Musibah yang diturunkan Allah s.w.t. kepada manusia, walau apa jua bentuk pun termasuk bencana alam seperti gempa bumi, letupan gunung berapi, ombak besar, banjir, taufan, ribut dan sebagainya ada hikmahnya. Tujuan utama untuk membuktikan kekuasaan-Nya, menyedarkan manusia akan kealpaan, kekerdilan atau kesilapan diri. Pun begitu, hanya manusia yang benar-benar beriman serta berakal sahaja yang dapat…

Kemerdekaan Jiwa Dorong Lebih Keimanan kepada Tuhan

APAKAH yang lebih bermakna bagi bangsa dijajah selain kemerdekaan dan kebebasan? Apakah pula yang amat berharga bagi negara yang bebas lagi merdeka, selain warganya yang berjiwa merdeka dalam erti kata sebenar.  Dengan kata lain, kemerdekaan hilang maknanya jika rakyat tidak berusaha memastikan akidah, akal, jiwa serta budi mereka sentiasa bebas daripada penjajahan. Sebaliknya, mereka merelakan…

Bersama Tangani Salah Laku Remaja dan Kanak-Kanak

Penglibatan dalam jenayah oleh golongan remaja dan kanak-kanak merupakan isu yang sentiasa sahaja mengundang perbincangan hangat. Jenayah atau kesalahan yang melibatkan golongan ini sebagaimana yang dinyatakan dalam laporan Perangkaan Penglibatan Juvana dalam Jenayah 2003, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, merangkumi jenayah kekerasan seperti bunuh, cubaan membunuh, samun bersenjata api dan tanpa bersenjata api, rogol serta…