Falsafah Pengurusan Organisasi Mengikut Islam

Islam diutus Allah (s.w.t) untuk menyusun kehidupan manusia di peringkat individu dan masyarakat semoga mencapai kemakmuran dan kecemerlangan hidup di dunia dan seterusnya di akhirat. Penumpuan kepada usaha mendidik individu dan menyusun masyarakat di peringkat awal adalah bertujuan untuk melahir individu yang berguna dan mengatur sistem hidup masyarakat semoga dapat berfungsi dengan baik dan sekaligus…

Kelangsungan dan Keharmonian Perlu Ijtihad

Forum Jihad Ekonomi yang dianjurkan oleh Gabungan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) baru-baru ini membuka fikrah baru ke arah menyempurnakan perjuangan mengangkat martabat ekonomi bumiputera dan wadah keseimbangan ekonomi kebangsaan. Syarikat Milik Kerajaan (GLC) telah melaksanakan perancangan yang wajar ke arah ini. Kesannya, banyak syarikat bumiputera pelbagai kluster merasai nikmat pasaran dan kelangsungan syarikat dengan mendapat…

Sistem Pungutan Hasil Negara: Satu Pendekatan Islam

Sesebuah negara perlu mempunyai sistem pungutan hasilnya yang tersendiri. Kepentingan sistem pungutan hasil untuk negara bukan sekadar untuk membiayai keperluan perbelanjaan negara tetapi juga untuk mencapai matlamat pengendalian ekonomi negara. Sistem pungutan hasil boleh diguna untuk mempengaruhi peruntukan sumber dalam negara. Ia juga dapat mempengaruhi arah aliran peruntukan penggunaan sumber ekonomi. Pada akhirnya ia juga…

Iklan Perlu Mempunyai Maklumat Yang Betul

Dalam dunia perniagaan, iklan merupakan salah satu unsur penting yang digunakan dalam usaha pemasaran barangan dan perkhidmatan. Secara amnya, ia berperanan untuk menarik perhatian masyarakat awam terhadap keluaran sesuatu syarikat. Bagi tujuan ini, pelbagai pendekatan digunakan oleh pihak pengeluar dan badan pengiklan untuk menarik perhatian pengguna yang akhirnya menyaksikan kehidupan kita di kelilingi oleh iklan…

Perubahan Sesuai Mampu Tarik Minat Pada Islam

Mengapa agaknya belia Muslim sekarang agak luntur pegangan agamanya dan menganggap agama Islam itu terpisah dari kehidupan seharian? Mengapakah agama Islam itu dilihat sebagai membebankan dan hanya menyusahkan mereka? Sebaliknya mereka lebih gemar meniru budaya luar terutama budaya barat yang mereka anggap moden dan terkini. Salah satu sebabnya adalah mungkin kerana anak-anak muda ini merasakan…

Bijak Mengawal Diri dalam Menghadapi Tekanan

Kehidupan ini sememangnya sarat dengan ujian dan dugaan, sebagaimana diungkap oleh al-Imam al-Syafi`e r.h., “Ujian-ujian zaman datang begitu banyak, silih berganti tidak berhenti manakala kegembiraan sedikit sekali mengunjungimu seperti datangnya hari-hari perayaan; masa itu dua; yang tenteram dan yang sukar, kehidupan juga ada dua bentuknya; yang tenang dan yang bergolak….” Ujian dan dugaan ditimpakan atas…

Pendekatan Islam Dalam Pengurusan Hutang

Seorang penulis iaitu Jon Hanson dalam bukunya yang bertajuk Good Debt, Bad Debt telah mengibaratkan hutang sebagai kolesterol. Seperti kolesterol, hutang jika terlalu banyak boleh mendatangkan masalah kepada individu, malah ada kalanya ia boleh membunuh. Secara kasarnya apa yang dinyatakan oleh penulis ini ada kebenarannya. Kes-kes jenayah yang berkaitan dengan kegiatan along seperti ugutan, bunuh…

Tawhid dan Penyusunan Sistem Ekonomi

Tawhid menganjurkan bahawa sistem ekonomi hendaklah berusaha kepada wujudnya suasana al-‘Adl wal Ihsan (keadilan dan kerjasama). Prinsip al-‘Adl wal Ihsan ini menganjurkan bahawa sistem ekonomi dalam negara Islam mestilah berusaha ke arah pencapaian keadilan ekonomi dan ekonomi kerjasama di kalangan ke semua sektor – awam, swasta dan sukarela. Kedua-dua unsur ini adalah asas pencapaian perjalanan…

Kerjasama Dan Perpaduan Masyarakat Majmuk Mendukung Dasar Kerajaan

Kepelbagaian bangsa, agama dan adat resam merupakan suatu hikmah besar kepada umat manusia. Kepelbagaian ini membolehkan manusia memperlajari dan mengenali antara satu sama lain keunikan serta manfaat yang wujud darinya. Firman Allah dalam surah al-Hujrat (49) ayat ke 13 secara khusus meletakkan asas pluraliti global dan kepelbagaian manusia yang merangsang serta menggalakkan berlakunya pertalian universal,…