Kunjungan Ketua Pengarah DBP

IKIM telah menerima kunjungan daripada Datuk Haji Abdul Adzis Abas, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan beberapa orang pegawai DBP lain yang turut serta pada 26 Januari 2018. Kunjungan tersebut turut membincangkan beberapa bentuk program kerjasama yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat dan kedua-dua agensi tersebut. Datuk Prof. Dr. Aizan Baharuddin bersama beberapa…

Lawatan UNITI.Asia

Kunjungan dan sesi perbincangan Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM dan Datuk Jamal Mohd Amin, Presiden UNITI.Asia, Dr. Syed Omar Syed Agil, Director Branding & Marketing, UNITI.Asia. Turut serta  Dr. Mohd Zaidi Ismail, Timbalan Ketua Pengarah IKIM dan pegawai-pegawai IKIM  pada 26 Januari 2018.      

Lawatan SMKSimpang Renggam, Kluang Johor

IKIM telah menerima lawatan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Renggam, Kluang Johor pada 25 Januari 2018. Taklimat umum mengenai IKIM telah disampaikan oleh En. Mohd. Noor Omar, Felo di Pusat Syariah, Politik dan Undang-undang IKIM. Manakala Hajah Fairuz Hj. Noordin telah menyampaikan taklimat mengenai Radio IKIM kepada para pelajar dan guru pengiring sekolah tersebut.  …

Lawatan Kolej AL-Quran Terengganu

Dr. Mohd Zaidi Ismail, Timbalan Ketua Pengarah IKIM menerima kunjungan dan mengadakan sesi perbincangan dari Kolej Al-Quran Terengganu yang diketuai oleh En. Mohd Ezri @ Asri Abd Rahman, Sarjana Penyelidik pada 25 Januari 2018. Turut sama dalam perbincangan tersebut ialah Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, Pengarah Pusat SYARAK. Lima dari kiri: Dr. Mohd. Zaidi Ismail…

Tahniah tvIKIM

Produksi tvIKIM yang menerbitkan video pendek bertajuk “Ammar” sempena Anugerah Pemenang Pertandingan Video Pendek 9 Pesan Luqman anjuran Kumpulan Media Karangkraf telah memenangi hadiah saguhati. Majlis telah diadakan pada 24 Januari 2018. di Auditorium Sultan Muhammad V, Bangunan Karangkraf. Penyertaan sulung daripada produksi tvIKIM ini diharapkan dapat memberikan inspirasi dan semangat untuk terus menerbitkan bahan-bahan terbitan…

Anugerah Nasyid 2017 (AN17)

IKIM telah menganjurkan Anugerah Nasyid 2017 (AN17) dengan hasil kerjasama NBoS bersama Al-Hijrah Media Corporation (TV Alhijrah) pada 13 Januari 2018 di  Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.  Penganjuran anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat industri dari kalangan pencipta lagu, penulis lirik, penyanyi dan lain-lain pihak yang terlibat dalam penghasilan karya mereka. Lagu-lagu nasyid…

Majlis Perhimpunan Agensi Bersama YB Menteri

Majlis Perhimpunan Agensi-Agensi Di Bawah YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri telah diadakan pada 16 Januari 2018 di Auditorium, Jakim, Kompleks Islam Putrajaya. Perhimpunan ini turut dihadiri semua ketua jabatan dan agensi serta warga kerja masing-masing. YB Menteri turut menyerahkan sijil perlantikan kepada 15 Ketua Pasukan Pelaksana…

Perhimpunan Agensi Bersama YB Menteri

Majlis Perhimpunan Agensi-Agensi Di Bawah YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri telah diadakan pada 16 Januari 2018 di Auditorium, Jakim, Kompleks Islam Putrajaya. Kesemua ketua jabatan dan agensi telah turut hadir bersama warga kerja agensi bagi mendengar amanat daripada YB Menteri. YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil…

IKIM di Media

Hajah Fairuz Noordin, Pengurus Hubungan Strategik IKIMfm di dalam slot “Assalamualaikum”  terbitan TV Al-Hijrah pada 11 Januari 2018 bagi mempromosikan Karnival Mahabbah IKIM Selangor 2018 dan Anugerah Nasyid 2017. Hajah Fairuz Hj. Noordin (kanan) ketika bersiaran.