Erti Kemerdekaan Sebenar

Ditulis oleh : Dr. Mohd Farid bin Mohd Shahran   Diterbitkan : Tidak sampai sebulan lagi Malaysia akan menyambut hari penuh bersejarah iaitu Hari Kemerdekaan yang menandakan bahawa Malaysia telah mencapai kemerdekaan genap 58 tahun. Sekiranya diterjemahkan dalam bentuk diri seorang manusia, umur sebegini mencerminkan seorang yang boleh berfikir secara bebas, yang telah mencapai tahap kematangan yang tertinggi…

Saf Umat Islam Pasca Ramadhan

Ramadhan yang baru berlalu merupakan bulan penuh keberkatan yang dijanjikan maghfirah dan rahmat oleh Allah SWT. Dalam bulan Ramadhan dapat dilihat umat Islam mengerjakan ibadah-badah fardhu dan sunat dalam keadaan yang amat tertib.Masjid dan surau dipenuhi oleh segenap lapisan masyarakat yang berlumba-lumba melakukan solat sunat terawikh dan witir sehingga ke penghujung Ramadhan. Ada yang beriktikaf…

Etika Pembuatan Dari Perspektif Islam

Pendahuluan Pembuatan atau manufacturing ialah satu proses untuk menghasilkan sesuatu produk serta memberi nilai tambah kepada produk tersebut. Proses ini akan yang melibatkan konsep 4M iaitu Man, Machine, Material and Method. Sebagai contoh pembuatan produk-produk berasaskan plastik yang dikenali sebagai plastic manufacturing. Ianya bermula daripada bahan mentah dan akhirnya dapat menghasilkan berbagai-bagai jenis produk yang berasaskan plastik. Penghasilan ini akan bergantung kepada konsep 4M…

Pengurusan Nilai Dan Nilai Untuk Wang

Secara lazimnya bila kita buat sesuatu keputusan yang melibat kos kita sering mengandaikan sesuatu yang berkualiti itu mestilah mahal. Jadi kita biasanya tidak kisah jika perlu bayar lebih untuk mendapatkannya kerana yakin akan manfaat yang bakal diperolehi nanti. Sebaliknya sesuatu yang murah pula sering dikaitkan dengan mutu yang rendah dan bersifat kelas bawahan. Dalam beberapa…

Sampai Bilakah Mahu Bernostalgia?

Umum sedia maklum bahawa kegemilangan Tamadun Islam dipacu, antara lain, oleh perkembangan pesat dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Seiring dengan perkembangan ilmu ini, muncul tokoh-tokoh ilmuwan hebat yang nama mereka disebut-sebut sehingga hari ini.  Dalam bidang sains misalnya, nama-nama seperti Jabir ibn Hayyan, al-Khwarizmi, Ibn al-Haytham, al-Biruni dan Ibn Sina menjadi kebanggaan umat Islam pada…

Pembalakan Haram: Ibarat Mencurah Air ke Daun Keladi

Isu pembalakan haram seolah-olah tiada penghujung. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa bagi membanteras dan menghentikan kegiatan berkenaan, namun ia masih juga berlaku. Malahan pelbagai kempen kesedaran tentang kepentingan menjaga ekosistem hutan telah dipromosikan secara giat baik di media massa mahupun di media elektronik bagi memastikan khazanah berkenaan terpelihara, namun ia hanya ibarat…

Mendepani Cabaran Pemikiran Umat Islam

Mutaakhir ini, masyarakat banyak didedahkan tentang cabaran pemikiran yang dihadapi oleh umat Islam sehingga membawa ancaman kepada kefahaman tentang Islam. Tidak dinafikan bahawa arus kemodenan telah membawa banyak perkara-perkara baru yang kadangkala memerlukan penelitian mendalam tentang kesesuaiannya dengan prinsip-prinsip Islam. Umat Islam harus berusaha untuk memastikan unsur-unsur pemikiran yang tidak sesuai dengan Islam seperti liberalisme…

Isu Dalam Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah

Apabila negeri Terengganu menguar-uarkan penguatkuasaan Seksyen 34 dan 35 Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) 2001, umat Islam secara umumnya menyokong supaya mana-mana orang Islam yang melakukan perbuatan tidak sopan (Sek. 34) dan mendedahkan tubuh di khalayak awam (Sek. 35), supaya dikenakan tindakan mengikut peruntukan yang terkandung dalam undang-undang berkenaan. Tindakan berkenaan secara tidak langsung menemukan bahawa…

Keperluan Fatwa Dalam Masyarakat

Syariat Islam diturunkan kepada manusia sesuai untuk semua zaman dan tempat.  Al-Quran dan al-Sunnah merupakan dua sumber teragung kepada syariat Islam.  Apabila baginda SAW wafat, maka kedua-dua sumber syariat ini memberi panduan kepada manusia ke jalan yang benar selagi mereka berpegang kuat kepada kedua-duanya.  Ini seperti ditegaskan baginda SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh…

Agama Bukan untuk Dipersenda

Satanic Verses oleh Salman Rushdie. Lukisan kartun Rasulullah di akhbar Jyllands-Posten. Penampilan gambar olok-olok Nabi di majalah Charlie Hebdo. Pembakaran al-Qur’an oleh Christian Dove World Outreach Centre. Filem Innocence of Muslim. Orang bukan Islam tentulah tidak percaya kepada Nabi Muhammad; namun individu dan institusi tadi bukan sekadar berang kepada Baginda, tetapi lebih jauh dari itu…