PERUTUSAN HARI RAYA AIDILADHA 1443H/2022 OLEH Y.BHG PROF. EMERITUS TAN SRI DR. MOHD KAMAL HASSAN PENGERUSI, INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahilhamd. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, di hari yang mulia ini kita, umat Islam dapat sekali lagi menyambut Hari Raya Aidiladha dalam suasana aman dan penuh kegembiraan. 1.      Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban memberi erti yang besar kepada seluruh umat…

PERUTUSAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1443 HIJRAH YABHG. PROF. EMERITUS TAN SRI DR. MOHD KAMAL HASSAN, PENGERUSI INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)

Assalamu ‘alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd. Alhamdulillah, marilah kita menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan hidayah dan keizinan-Nya jua, pada tahun ini kita dapat menyempurnakan ibadah puasa dan meraikan Aidilfitri yang mulia dalam suasana harmoni dan sejahtera dalam fasa peralihan ke endemik bagi…

PERUTUSAN SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1443H OLEH YBRS. PROFESSOR MADYA DR. MOHAMED AZAM BIN MOHAMED ADIL KETUA PENGARAH INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)

Assalamu ‘alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya, pada tanggal 17 Ramadan, umat Islam akan memperingati satu lagi peristiwa besar Nuzul Al-Quran atau turunnya Al-Quran kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan, kerana pada tahun ini kita dapat meraikannya dengan lebih bermakna di…

PERUTUSAN YBRS. PROF. MADYA DR. MOHAMED AZAM BIN MOHAMED ADIL,KETUA PENGARAH IKIM SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN IKIM KE-30 INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

Saban tahun, tanggal 18 Februari merupakan tarikh yang sangat bermakna buat Institut Kefahaman Islam Malaysia.  Pada tanggal yang keramat itulah IKIM telah diwujudkan pada 30 tahun yang lalu.  Sepanjang 30 tahun ini, IKIM sebagai institusi penyelidikan dan pemikiran, telah berusaha untuk meningkatkan kefahaman Islam di kalangan masyarakat dalam dan luar negara. 2.           IKIM ditubuhkan dengan…

PERUTUSAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2021 OLEH YBHG. DATUK DR. AZIZAN BINTI BAHARUDDIN, KETUA PENGARAH INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)

Bismillahirrahmanirrahim Assalamu ‘alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Kemerdekaan. Syukur alhamdulillah hari ini pada tanggal 31 Ogos 2021 Masihi bersamaan dengan 22 Muharram 1443H, kita dapat menyambut Hari Kemerdekaan Negara kita yang ke-64 dengan temanya “Malaysia Prihatin”. Dari sudut bahasanya, ‘merdeka’ adalah daripada perkataan Sanskrit ‘maharddhika’ yang bermaksud kaya, makmur, dan bebas daripada penjajahan…

Perutusan YABhg. Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, Pengerusi IKIM bersempena ulangtahun ke-20 penubuhan Radio IKIM pada 6 Julai 2021 bersamaan 25 Zulkaedah 1442H

Assalamu’alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera. 2.         Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanu Wata’ala oleh kerana dengan limpah kurniaNya, kita masih lagi dikurniakan dengan pelbagai nikmat.  Di antara nikmat yang besar sebagai umat Islam ialah sifat cintakan ilmu. 3.         Pada tanggal 6 Julai 2001, Radio IKIM telah dilancarkan, iaitu pada 20 tahun…

PERUTUSAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI Oleh YABhg. Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 1 SYAWAL 1442 Hijrah bersamaan 13 Mei 2021

Assalamu ‘alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Subhanahu Wata’ala, selawat dan salam  ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, para sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari kesudahan. 2.    Setelah sebulan bermujahadah menahan kemahuan dan keinginan, hari ini…

Teks perutusan sambutan Hari Pekerja 2021 oleh YABhg. Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid Pengerusi, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 1hb. Mei 2021

Assalamu ‘alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh, dan Salam Sejahtera. Tibanya tarikh 1 Mei saban tahun, kita bukan sekadar bercuti, tetapi setiap daripada kita meraikan golongan yang paling penting dan mustahak dalam pembangunan negara. Sama ada daripada bidang pentadbiran, pendidikan, kewangan, keselamatan mahupun kumpulan pelaksanaan, semua telah memainkan peranan masing-masing dalam meningkatkan pembangunan agama, bangsa dan…

Teks Perutusan YABhg. Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, Pengerusi, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sempena sambutan Nuzul Al-Quran 1442H Pada 29 April 2021, bersamaan 17 Ramadan 1442H.

Assalamu‘alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh, Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya, pada tanggal 17 Ramadan, umat Islam akan memperingati peristiwa besar Nuzul al-Quran, atau turunnya al-Quran kepada junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihiwasallam. Pada tahun ini, untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan pendemik Covid-19, umat Islam akan meraikannya…

TEKS UCAPAN YABHG. TUN AHMAD SARJI BIN ABDUL HAMID, PENGERUSI, INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM) SEMPENA PELANCARAN BUKU FIQH DAN ARAHAN PERUBATAN AWAL PADA 23 APRIL 2021 MENERUSI RADIO IKIM.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah kurnia, inayah dan riayah-Nya, saya berkesempatan untuk melancarkan buku Fiqh dan Arahan Perubatan Awal terbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Buku ini merupakan buku pertama terbitan IKIM bagi tahun 2021. 2.     Satu daripada aktiviti utama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ialah penerbitan…