Bencana Jadikan Manusia Lebih Tabah Hadapi Ujian

“DEMI sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar. “Orang yang apabila mereka ditimpa kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali. “Mereka itulah orang yang dilimpahi kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya…

Pengesahan Halal Beri Kelebihan Peringkat Global

PADA Ogos lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkan Standard Halal Malaysia MS1500:2004. Piawaian itu mengandungi garis panduan praktikal bagi industri makanan terutama berkaitan penyediaan dan pengendalian makanan halal.  Pengenalan MS1500:2004 dilihat sebagai pelengkap kepada sijil dan logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana ia mengambil kira unsur pematuhan…

Pengamal Rasuah dilaknat, ditimpa Bala Sejak di Dunia

ISU berkaitan rasuah kerap dibincangkan dalam seminar, forum atau ceramah, namun ia masih berlarutan. Takrifan rasuah luas dan bukan hanya wujud dalam bentuk monetary. Malah, merangkumi bentuk non-monetary seperti pemberian jawatan, pangkat kebesaran atau perbuatan pelepasan atau penahanan daripada obligasi atau liabiliti.  Rasuah yang biasa didedahkan oleh media massa adalah dalam kategori rasuah transaktif (transactive…

Aturan, Etika Guna ICT Ada dalam al-Quran

KOMUNIKASI penting dalam kehidupan manusia. Tanpa komunikasi, sesuatu mesej atau maklumat tidak dapat disampaikan atau disebarluaskan. Kepentingannya juga diakui oleh Islam. Tanpa komunikasi berkesan, agama Islam tidak akan menjadi anutan seramai 1.7 bilion penduduk dunia hari ini.  Pada masa ini, melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), komunikasi dan penyebaran sesuatu maklumat menjadi lebih berkesan. …

Islam Beri Umat Ruang Capai Kesenangan di Dunia

KEMERDEKAAN serta kebebasan yang dikecapi kita hari ini mungkin dihargai dan difahami PERKATAAN pembangunan adalah terminologi yang sering digunakan pakar ekonomi serta pembuat dasar untuk menggambarkan kemajuan sesebuah negara. Dalam Islam, konsep pembangunan (tanmiyyah) merujuk kepada proses penggunaan dan pembangunan sumber ummah yang merangkumi sumber manusia dan kebendaan dalam usaha untuk merealisasikan objektif utama pembangunan…

Sikap Kebendaan Punca Nafsu Belanja Berlebihan

KARNIVAL Jualan Mega 2004 sudah bermula – dari 24 Julai hingga 5 September ini, pengguna disajikan dengan pelbagai tawaran dan potongan harga menarik oleh peniaga. Inilah peluang mereka untuk berbelanja bagi mendapatkan barangan yang diinginkan pada harga berpatutan. Seperti yang kita tahu, tanpa permintaan tidak akan wujud penawaran. Begitu juga dengan konsep berbelanja. Perbelanjaan memotivasi…

Menangani Masalah Pembaziran Menerusi Pengurusan Islam

Pengurusan Islam dilihat sebagai satu alternatif yang terbaik dalam pengurusan sesebuah organisasi. Konsep pengurusan Islam yang berteraskan tauhid menggambarkan betapa dinamiknya Islam dalam menangani isu-isu pengurusan yang gagal diselesaikan oleh sistem pengurusan yang sedia ada. Kenyataan ini bukan bermakna sistem pengurusan yang digunapakai sekarang tidak selaras dengan Islam. Cuma masih banyak lagi ruang untuk penambahbaikan…