Lawatan Kerja

Lawatan kerja 35 orang Imam-imam dari Jajahan Bachok, Kelantan yang merupakan anjuran Masjid Mahmoodi, Bachok, Kelantan. Pelawat terdiri daripada 4 orang pegawai Majlis Agama Islam Kelantan dan selebihnya adalah wakil daripada 25 buah Masjid/Surau di bawah Jajahan Bachok, Kelantan.

Forum Harmoni “Meraikan Kepelbagaian dan Keharmonian Antara Penganut Agama”

IKIM dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah mengadakan Forum Harmoni dengan tema “Meraikan Kepelbagiaan dan Keharmonian Antara Agama” pada 6 Februari di Dewan Besar IKIM. Forum ini dianjurkan dengan tujuan untuk membincangkan peranan penganut agama dalam mempromosi perpaduan dan keharmonian hidup bersama. Dengan usaha sebegini,…

Kunjungan Ketua Pengarah DBP

IKIM telah menerima kunjungan daripada Datuk Haji Abdul Adzis Abas, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan beberapa orang pegawai DBP lain yang turut serta pada 26 Januari 2018. Kunjungan tersebut turut membincangkan beberapa bentuk program kerjasama yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat dan kedua-dua agensi tersebut. Datuk Prof. Dr. Aizan Baharuddin bersama beberapa…

Lawatan UNITI.Asia

Kunjungan dan sesi perbincangan Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM dan Datuk Jamal Mohd Amin, Presiden UNITI.Asia, Dr. Syed Omar Syed Agil, Director Branding & Marketing, UNITI.Asia. Turut serta  Dr. Mohd Zaidi Ismail, Timbalan Ketua Pengarah IKIM dan pegawai-pegawai IKIM  pada 26 Januari 2018.      

Lawatan SMKSimpang Renggam, Kluang Johor

IKIM telah menerima lawatan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Renggam, Kluang Johor pada 25 Januari 2018. Taklimat umum mengenai IKIM telah disampaikan oleh En. Mohd. Noor Omar, Felo di Pusat Syariah, Politik dan Undang-undang IKIM. Manakala Hajah Fairuz Hj. Noordin telah menyampaikan taklimat mengenai Radio IKIM kepada para pelajar dan guru pengiring sekolah tersebut.  …

Lawatan Kolej AL-Quran Terengganu

Dr. Mohd Zaidi Ismail, Timbalan Ketua Pengarah IKIM menerima kunjungan dan mengadakan sesi perbincangan dari Kolej Al-Quran Terengganu yang diketuai oleh En. Mohd Ezri @ Asri Abd Rahman, Sarjana Penyelidik pada 25 Januari 2018. Turut sama dalam perbincangan tersebut ialah Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, Pengarah Pusat SYARAK. Lima dari kiri: Dr. Mohd. Zaidi Ismail…

Tahniah tvIKIM

Produksi tvIKIM yang menerbitkan video pendek bertajuk “Ammar” sempena Anugerah Pemenang Pertandingan Video Pendek 9 Pesan Luqman anjuran Kumpulan Media Karangkraf telah memenangi hadiah saguhati. Majlis telah diadakan pada 24 Januari 2018. di Auditorium Sultan Muhammad V, Bangunan Karangkraf. Penyertaan sulung daripada produksi tvIKIM ini diharapkan dapat memberikan inspirasi dan semangat untuk terus menerbitkan bahan-bahan terbitan…

Anugerah Nasyid 2017 (AN17)

IKIM telah menganjurkan Anugerah Nasyid 2017 (AN17) dengan hasil kerjasama NBoS bersama Al-Hijrah Media Corporation (TV Alhijrah) pada 13 Januari 2018 di  Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.  Penganjuran anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat industri dari kalangan pencipta lagu, penulis lirik, penyanyi dan lain-lain pihak yang terlibat dalam penghasilan karya mereka. Lagu-lagu nasyid…