Pengenalan Kepada Sistem Mu’amalah Islam
Secara umumnya undang-undang atau hukum-hukum Islam boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian: Pertama: Berhubung dengan akidah, iaitu hukum-hukum yang bersangkut paut dengan keimanan dan tauhid, alam ghaib, hari akhirat, malaikat dan seterusnya. Ia merupakan asas seseorang Muslim. Kedua: Berhubung dengan akhlak, atau terkenal dengan ihsan dan juga tasawwuf. Ia menitikberatkan pendidikan rohani, dengan tujuan mewujudkan manusia berakhlak tinggi…