Hak Menamakan Anak Dilelong?

Setiap anak yang dilahirkan akan dinamakan oleh kedua orang tuanya agar ia dikenali dengan nama itu. Malah, ramai ibubapa telahpun memilih nama yang disukai lebih awal dari itu. Proses menamakan anak ini sering dilihat oleh ibubapa sebagai hak istimewa mereka. Berbeza dengan sepasang suami isteri dari New York yang bakal dikurniakan seorang anak lelaki tidak…

Ombak: Kempen Wanita Membanteras Keganasan

Kempen OMBAK (Wanita Membanteras Keganasan) dilancarkan untuk menyekat keganasan dari menjadi sebahagian dari budaya kita. Sebagaimana yang kita tahu, sejak akhir-akhir ini berbagai bentuk keganasan telah berlaku dalam masyarakat kita. Pada tahun lalu sahaja, lebih 3,700 kes rogol, kekejaman dan pembunuhan telah dilaporkan. Ini tentunya suatu perkembangan yang tidak sihat. Jika kita tidak mengambil sesuatu…

Aktiviti Sukarela: Satu Bentuk Kebajikan

Aktiviti sukarela merujuk kepada aktiviti kemasyarakatan di mana kita menyumbang bakti kepada ahli masyarakat yang memerlukan. Tentunya aktiviti seumpama ini amat dituntut oleh Islam. Memelihara kebajikan ahli masyarakat yang lain sememangnya dituntut oleh Islam. Bila kita bercakap tentang kebajikan ahli masyarakat yang lain, biasanya kita akan terbayangkan usaha-usaha untuk mencukupkan keperluan golongan yang tidak berada.…

Bayaran Pencen Kepada Balu Yang Berkahwin Semula: Pemberian Keadilan Kepada Wanita

Ketika menyampaikan Perutusan Belanjawan 2002 yang lalu, Y.A.B. Perdana Menteri menyebut, “… Di samping membantu meningkatkan taraf hidup ibu tunggal, kerajaan juga membenarkan balu-balu terus menerima bayaran pencen suami yang telah meninggal dunia walaupun selepas mereka berkahwin semula.” Kenyataan ini tentunya disambut baik oleh semua wanita terutamanya para balu sendiri. Ini kerana selama ini, balu…

HUBUNGAN KELUARGA DAN AHLI MASYARAKAT

Ada yang berpendapat bahawa kesibukan di kota menyebabkan warganya tiada masa untuk mengenali jiran tetangga. Malah, sering dikatakan bahawa fenomena “jiran tidak mengenali jirannya” berlaku berleluasa di kawasan bandar. Namun, apakah itu yang sebenarnya berlaku? Apakah semua warga kota tidak mengambil endah tentang sekumpulan manusia lain yang tinggal di kiri kanan rumahnya? Dalam satu kajian…

HARI RAYA PENGHUBUNG UMMAH

Tidak berapa hari lagi, umat lslam akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Hari raya ini disambut dengan begitu meriah sekali bagi meraikan kemenangan umat lslam setelah selesai menunaikan ibadat puasa selama sebulan. Puasa yang bertujuan untuk membentuk peribadi Muslim yang sebenar diharapkan dapat mencapai matlamatnya. Adalah diharapkan keperibadian Muslim yang cuba
dibentuk itu dapat dikekalkan dan tidak runtuh bersama datangnya fajar Syawal…