Jenayah Seksual: Kanak-Kanak Wajib Dididik Untuk Elak Jadi Mangsa

Dalam mendidik anak-anak, satu perkara penting yang ditekankan oleh ibubapa ialah keselamatan diri. Lazimnya, ibubapa akan berpesan kepada anak-anak supaya tidak bermain api agar tidak terbakar tangan. Begitu juga, ibubapa sentiasa berpesan agar anak-anak berhati-hati ketika melintas jalan agar tidak dilanggar kereta. Pesanan seumpama ini bertujuan untuk mengelakkan anak-anak tadi dari bahaya-bahaya fizikal. Bagaimana dengan…

Orang Kurang Upaya (OKU): Minoriti Yang Wajib Diberi Perhatian

Baru-baru ini sekumpulan OKU telah berkempen untuk menyatakan hakikat hidup yang mereka alami. Sesungguhnya, kehidupan mereka yang telahpun tercabar akibat kekurangan yang mereka miliki, menjadi lebih sukar bila pengangkutan awam di negara ini tidak mesra OKU. Bukan itu sahaja, malah pengguna-pengguna lain perkhidmatan tersebut yang sempurna anggotanya juga tidak mesra OKU.  Dari segi perangkaannya, dianggarkan…

Keluarga Banduan : Terhukum Di Luar Penjara

Minggu lalu kita menyaksikan dua orang banduan dibebaskan setelah mendapat pengampunan dari DYMM Sultan Kedah.  Betapa mereka bersyukur dengan pembebasan tersebut dan mereka kini kembali ke pangkuan keluarga. Sehingga 4 September 2006, terdapat sejumlah 34,813 banduan di 28 buah penjara di seluruh negara.  Setiap banduan ini pastinya meninggalkan keluarga masing-masing di luar penjara, baik keluarga ‘orientasi’ (keluarga…

Bajet 2007: Menguntungkan Wanita Demi Kelangsungan Bangsa

Belanjawan 2007 mengenengahkan tiga peruntukan khusus untuk wanita iaitu: (i) peningkatan jumlah bantuan khas yang diberi kepada NGO untuk melaksanakan program wanita; (ii) peningkatan jumlah geran pelancaran bagi penubuhan pusat jagaan kanak-kanak di kementerian dan jabatan kerajaan;  dan (iii) subsidi RM50 untuk wanita menjalani ujian saringan mammogram. Tiga peruntukan ini mungkin kecil dari segi bilangannya.  Namun, ia…

Wanita dan Harta Dalam Islam

Kes 1: “Saya bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri.  Tetapi suami terlalu mengongkong saya tentang bagaimana saya membelanjakan pendapatan saya itu sehingga saya tidak dibenarkan untuk memberi wang kepada ibu dan bapa saya.  Akibatnya saya terpaksa sorok-sorok memberikan wang itu kepada mereka.  Macam mana, ya Ustazah?” Kes2: “Puas hati dapat beli kasut tu.  Harganya pun berpatutan sempena jualan murah ni.…

Wajarkah Suami Menjadi Suri Rumahtangga?

Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa bilangan suami yang menjadi suri rumahtangga semakin meningkat. Ini bermakna, suami berhenti bekerja dan menjadi pengurus rumahtangga, manakala isteri meneruskan kerjayanya di luar rumah. Walaupun tiada data rasmi mengenainya, namun dipercayai bahawa semakin banyak pasangan suami isteri yang membuat keputusan seperti ini dalam usaha untuk menjayakan perkahwinan mereka.…

Galak Derma Organ

PADA 29 Oktober 1996, Institut Kefahaman Islam (IKIM) telah menganjurkan seminar tentang pendermaan organ. Antara tujuannya ialah untuk memberi penjelasan serta meningkatkan kefahaman tentang kedudukan rawatan pemindahan organ dari sudut pandangan Islam. Kertas kerja seminar tersebut telah pun dibukukan dan diterbitkan pada tahun 1998 bertujuan untuk menyebarluaskan lagi maklumat dan kefahaman sebenar mengenai perkara ini.…

Mengejar Kejayaan Berteras Islam

MENGIKUT Wawasan 2020, Malaysia akan mencapai status negara maju dalam tempoh 15 tahun lagi. Namun, beberapa buah negeri di Malaysia telah berazam untuk mencapai status negeri maju lebih awal daripada itu. Misalnya, Kedah dan Melaka yang sama-sama menjadi sasaran pencapaian status negeri maju pada 2010. Berbanding negeri-negeri lain, Selangor telah lebih awal mengisytiharkan pencapaian status…

Manfaatkan Subsidi Taska

Dalam satu syair Arab disebut bahawa, “Ibu itu laksana sekolah. Jika anda menyediakannya, samalah seperti anda menyediakan suatu umat yang baik keturunannya.” Ini bererti, jika bijaksana individu yang bergelar ibu, maka akan baiklah anak-anak yang dididiknya dan seterusnya akan baiklah masyarakat yang terhasil kelak. Pakar pendidikan awal kanak-kanak pula menyebut bahawa enam tahun pertama adalah…