Kanak-kanak Perlu Teladan Hadapi Cabaran Dunia Moden

KES jenayah yang membabitkan rakyat negara ini dari pelbagai peringkat umur, khususnya kanak-kanak (remaja) amat membimbangkan. Maka, banyaklah pihak yang mengadakan perbincangan, rasmi mahupun tidak untuk membincangkan penyelesaiannya secara tuntas.  Pelbagai faktor dikemukakan sebagai sebab yang mendorong kanak-kanak terbabit dalam jenayah seperti kurangnya pendidikan Islam, rapuhnya institusi keluarga, pengaruh rakan sebaya, pengaruh media serta persekitaran…

Pendekatan Berkesan Perlu Untuk Mendekati Remaja Bermasalah

KEBELAKANGAN ini kita berdepan dengan pelbagai isu mengenai gejala keruntuhan akhlak dan pembabitan jenayah oleh kanak-kanak serta remaja. Gejala itu membimbangkan dan menjadi petunjuk bahawa usaha mencapai kemajuan akan membawa kita berdepan dengan pelbagai masalah khususnya perlakuan jenayah. Sebagaimana dilaporkan akhbar, isu pelajar membelasah pelajar dan samseng bukan sesuatu yang baru. Merujuk sejarah pembabitan remaja…

Rasional, Amanah Prasyarat Utama Laksana Keadilan

DALAM kehidupan bermasyarakat hari ini, kita berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan, terutama terhadap hubungan dan perpaduan ummah. Antara cabarannya ialah pertelingkahan, perbalahan dan pertikaian yang timbul disebabkan pelbagai faktor. Kita mungkin bertelingkah disebabkan berbeza pendapat terhadap sesuatu isu atau berbalah kerana hak dan kepentingan kita dicabar. Amat baik dan bijak sekiranya perbalahan dan pertikaian…

Manusia Dan Tanggungjawab Yang Tidak Pernah Berkesudahan

Kehidupan manusia umumnya terikat dengan pelbagai tanggungjawab. Sebagai insan, ia bertanggungjawab terhadap Tuhan Pencipta, Allah Yang Maha Kuasa dan juga terhadap keluarga, masyarakat dan negara atau bangsanya. Tanggungjawab inilah yang menentukan berjaya atau gagalnya melayari kehidupan di dunia yang sarat dengan pancaroba ini. Mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. merupakan tanggungjawab seorang insan terhadap Tuhannya yang…

Taubat Perlu Dilakukan Ikhlas, Bersungguh-sungguh

MANUSIA kerap terperangkap dalam dosa dan kemungkaran yang dilakukannya sendiri. Sebagai insan yang serba lemah, manusia selalu terjerat dalam langkahnya yang sumbang. Allah sentiasa memberi peringatan kepada hamba-Nya terhadap kelemahan diri mereka sebagai manusia dan menggariskan panduan atau cara terbaik untuk mengawal diri, perasaan serta tingkah laku. Begitu juga dengan cara menyucikan jiwa. Allah turut…

Agama Menuntut Keadilan Mutlak, Hapus Kezaliman

DALAM hidup bermasyarakat hari ini, kita pasti berdepan dengan pelbagai cabaran, terutama terhadap hubungan dan perpaduan ummah. Di antara cabarannya ialah pertelingkahan, perbalahan dan pertikaian yang timbul disebabkan pelbagai faktor. Kita mungkin bertelingkah disebabkan berbeza pendapat atau berbalah kerana hak dan kepentingan dicabar. Adalah baik dan bijak, jika perbalahan dan pertikaian itu dapat ditangani dengan…

Khalifah ‘Umar Bin ‘Abdul ‘Aziz

Hukama’ mengatakan, “Dunia ini didukung oleh empat tiang; kebijaksanaan golongan cendekiawan, keadilan pemerintah, doa orang yang jujur dan kegagahan orang yang berani.” Pepatah ini sememangnya sangat tepat kerana hanya golongan cendekiawan yang bijaksana, pemerintah yang adil, orang jujur yang berdoa serta orang berani yang gagah sahaja dapat memakmurkan dan meneguhkan bumi ini. Selain itu, mereka…

Guru: Pelita Sepanjang Hayat

Guru atau pendidik disanjung dan dimuliakan kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka. Dalam sebuah Hadith, Rasulullah s.a.w. bersabda : Terjemahan : “Kelebihan orang yang berilmu berbanding `abid samalah seperti kelebihan bulan purnama berbanding segala bintang.” (Sunan Abu Daud dan Sunan al-Tirmizi) Kelebihan yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. ini ternyata disebabkan manfaat ilmu yang disampaikan oleh…

Sistem Kehakiman Islam

Dalam suasana hidup bermasyarakat hari ini, kita pasti berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan terutamanya terhadap hubungan dan perpaduan ummah. Antara cabarannya ialah pertelingkahan, perbalahan dan pertikaian yang timbul disebabkan pelbagai faktor. Kita mungkin bertelingkah disebabkan berbeza pendapat terhadap sesuatu isu atau berbalah kerana hak dan kepentingan kita dicabar. Adalah amat baik dan bijak sekiranya…

Insan Berdosa dan Bertaubat

Manusia sering alpa, leka dan lalai. Manusia juga sering terperangkap dalam kesilapan, kesalahan, dosa dan kemungkaran yang dilakukannya sendiri. Manusia selalu terjerat dalam langkahnya yang sumbang. Itulah manusia. Allah sentiasa memberikan peringatan kepada hamba-hamba-Nya tentang kelemahan diri mereka sebagai manusia dan menggariskan panduan atau cara terbaik untuk mereka mengawal diri, perasaan serta tingkah laku. Begitu…