Hak Bersuara Ada Sempadan

DI DALAM ajaran Islam setiap kebebasan mempunyai batas dan hadnya yang tertentu. Hak bersuara umpamanya bukanlah diberikan tanpa sempadan sehingga semua orang boleh berbicara apa saja yang ia mahu tanpa mempunyai prinsip dan asas yang tertentu. Masyarakat Barat yang terkenal dengan masyarakat permisif tanpa terikat dengan prinsip nilai akhlak kerohanian memanglah memberikan hak yang luas…

Tidak Bijak Memulau Akhbar

JIKA orang-orang Islam benar-benar melaksanakan perintah agama dalam menambahkan pengetahuan dengan membaca, iaitu mengikut perintah yang diwahyukan Allah s.w.t kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w melalui ayat pertama yang diturunkan kepada baginda, maka orang-orang Islam merupakan orang yang paling banyak pengetahuannya. Malah jika perintah Allah itu dipatuhi dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh orang-orang Islam,…

Berbahaya Jika Terlalu Berpolitik

BERPOLITIK tidaklah menjadi satu kesalahan dalam mempromosi dan melaksanakan sesuatu idea atau gaga-san di dalam masyarakat kita. Kita perlu berpolitik dalam menyusun pentadbiran dan agenda sosial, ekonomi dan sebagainya. Tetapi sebagai satu umat yang terlibat dan komited dengan adab, nilai dan etika keagamaan, maka kita juga harus membataskan diri kita supaya tidak terbawa-bawa dengan sesuatu…

Menjaga Lidah dan Tingkah Laku

DUA perkara penting yang sering diperingatkan Islam kepada manusia supaya menjaga dan memelihara dengan baik ialah penggunaan lidah dan tingkah laku. Rasulullah s.a.w berpesan kepada semua orang iaitu sekiranya mereka beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka hendaklah ia mengeluarkan tutur kata yang baik, dan sekiranya tidak ada sesuatu yang baik yang hendak diperkatakannya, maka hendaklah…

Pengharaman Pusat Permainan Video: Masih Ada Bahaya Yang Menanti

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi.Katakanlah: ‘Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaatnya bagi manusia, tetapi dosa [keburukan] keduanya lebih besar daripada manfaatnya’.…” (al-Baqarah: 219) Ayat ini merupakan amaran Tuhan mengenai arak dan judi.Dalam kes ketagihan judi melalui permainan video yang kita dimaklumkan sehari dua ini, ternyata judi itu…

Sistem Kehakiman Islam

Dalam suasana hidup bermasyarakat hari ini, kita pasti berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan terutamanya terhadap hubungan dan perpaduan ummah. Antara cabarannya ialah pertelingkahan, perbalahan dan pertikaian yang timbul disebabkan pelbagai faktor. Kita mungkin bertelingkah disebabkan berbeza pendapat terhadap sesuatu isu atau berbalah kerana hak dan kepentingan kita dicabar. Adalah amat baik dan bijak sekiranya…