“Teknologi Maklumat : Pembangunan Keluarga Dan Masyarakat”

Pada 26 – 27 Mac 2002 ini bersamaan 12 – 13 Muharram 1423 Hijrah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan seminar “Teknologi Maklumat : Pembangunan Keluarga dan Masyarakat”. Ini merupakan kali ke-4 IKIM menganjurkan seminar dengan tajuk teknologi maklumat memandangkan kepentingannya dalam masyarakat kita. Kita maklum bahawa teknologi maklumat memainkan peranan penting dalam hidup…

Pengaruh Cult Di Kalangan Remaja

Pada umumnya, cult atau pun ajaran sesat adalah satu perilaku atau fahaman yang sering dikaitkan dengan kesesatan kerana ajarannya yang mempunyai unsur-unsur ketahyulan, khurafat dan pemujaan syaitan. Cult atau ajaran sesat sebenarnya didokongi oleh satu golongan atau kumpulan manusia yang menjadikan pemujaan atau penyembahan iblis dan syaitan sebagai matlamat utama ajaran. Di samping itu, mereka…

Teknologi Maklumat (TM) Memperkaya Wanita

Teknologi maklumat telah menjadi sebahagian dari hidup kita dan ia amat mengkesaninya baik secara positif mahupun sebaliknya. Dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat bermaklumat, mahu tidak mahu, setiap dari kita terkena tempias ledakan maklumat ini. Tidak timbul persoalan sama ada, mahu terlibat atau tidak. Yang lebih penting ialah iltizam untuk terlibat secara…

Sumbangan Islam Terhadap Peradaban Dunia Dalam Konteks Toleransi Agama

Dalam sejarah peradaban dunia, sudah wujud agama-agama yang terpesong daripada mesej sebenar yang berpegang kepada Tuhan yang satu. Kedatangan Islam merupakan satu transisi peradaban yang membawa perubahan besar terhadap kehidupan manusia yang bertujuan untuk membawa umat manusia kembali ke jalan yang sebenar. Bangsa yang terdahulu tinggal dalam zaman kegelapan dan kemunduran dari segi akidah dan…

Perkahwinan Dalam Islam: “Jangan Tunggu Lama-Lama!”

Pengenalan “Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, ia diambil orang.” Begitulah, antara lain, senikata lagu “Jangan Tunggu Lama-lama” nyanyian kumpulan Alleycats yang popular pada tahun 80an dahulu. Lagu ini menasihatkan para lelaki yang sudah mempunyai kekasih supaya cepat-cepat berkahwin agar kekasihnya itu tidak jatuh ke tangan orang lain. Dalam Islam, perkahwinan perlu dicepatkan bukan kerana bimbang…

Toleransi Ada Batas-batasnya

BERIKUTAN daripada tulisan saya di dalam ruangan ini minggu lalu, terdapat beberapa orang pembaca yang beranggapan seolah-olah Islam tidak dapat bertoleransi di dalam beberapa aspek yang tertentu, sedangkan pada dasarnya Islam adalah satu agama yang penuh dengan sifat toleransi dan bertolak ansur. Memanglah saya bersetuju bahawa Islam adalah agama yang mengamalkan sikap toleransi dan bertolak…

Berhati-hati Bincang Kebebasan Beragama

SAYA berharap bahawa keghairahan kita membicarakan isu hak asasi manusia pada masa-masa yang terakhir ini tidak mengundang kekeliruan yang serius tentang kebebasan beragama dalam masyarakat Islam. Satu perkara yang harus difahami bahawa hak asasi dan kebebasan manusia dalam sebarang aspek kehidupannya sentiasa disertakan dengan peraturan dan undang-undang yang tertentu. Kebebasan mutlak pada umumnya hampir tidak…