PELAJAR BERILMU DAN BERHIKMAH

Luqman al-Hakim berpesan kepada puteranya: dampingilah para ilmuan, dengarkanlah mutiara ucapan (hukamak) para ahli hikmah, sesungguhnya Allah S.W.T. menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah seperti titisan air hujan yang menghidupkan tanah yang kering kontang. Pesanan Luqman al-Hakim kepada anaknya ini mengingatkan kita kepada perkembangan moden dunia hari ini iaitu ketika kita menghadapi krisis dan…

SELESAIKAN MASALAH SAMA SENDIRI

Setiap kali berlaku perbalahan dalam masyarakat lslam, maka sekian kali pulalah umat lslam diumbang-ambingkan oleh faktor-faktor dalaman dan luaran yang segera membentuk persepsi dan kefahaman mereka yang berbeza-beza, atau mengambil kesimpulan dan hukuman yang terlalu awal untuk menjustifikasikan pendirian masing-masing. Malah dalam keadaan demikian, pihak-pihak yang bertelagah akan segera mengeluarkan fatwa masing-masing untuk menggambarkan kebenaran…

KL 98: KIKIS SIKAP SKEPTIKAL

Dalam kitab suci al-Quran, telah ditegaskan oleh Allah SWT tentang sikap degil atau sekurang-kurangnya perasaan ragu-ragu kaum-kaum yang tertentu untuk menerima dan melakukan perubahan dalam masyarakat masing-masing. Hal ini sebenarnya mempunyai hubungan dengan sikap tertutup mereka dan sikap takut terhadap sesuatu perubahan baru yang akan berlaku dalam pemikiran dan keadaan serta realiti kehidupan mereka umumnya.…