Gejala Sosial dan Keluarga

Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali, baik yang dilakukan oleh remaja, mahupun oleh orang dewasa. Namun, oleh kerana golongan remaja merupakan bakal pewaris negara ini, maka kegiatan merekalah yang paling hangat diperkatakan. Gejala seperti membuang bayi, ponteng sekolah, lari…

Pengurusan Harta Dalam Islam

Allah s..w.t. berfirman dalam al-Quran al-Karim, surah Luqman, ayat 20 yang bermaksud: Tidakkah kamu perhatikan, sesungguhnya Allah telah memudahkan untuk kepentinganmu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmatNya lahir dan batin. Islam meletakkan harta sebagai salah satu keperluan asasi di dalam kehidupan manusia. Bagi memenuhi tuntutan tersebut,…

Masa Berkualiti Dalam Keluarga: Alasan Atau Alternatif?

“Kita perlu mengamalkan konsep masa berkualiti dengan ahli keluarga kita”. Demikianlah saranan yang sering kita dengar hampir setiap hari. Ramai yang bersetuju dengan saranan ini. Dalam kesibukan kita mengejar masa dengan urusan seharian, kita tidak lagi mampu untuk meluangkan banyak masa dengan ahli keluarga yang lain. Untuk itu, masa berkualiti adalah alternatifnya. “Apa guna meluangkan…

Budi Bahasa Asas Kejayaan Ummah

“Budaya dan sistem nilai itulah yang sebenarnya menjadi kayu ukur dan mercu tanda sebuah negara maju”. Inilah petikan ucapan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi semasa majlis pelancaran Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni pada 11 Januari 2005. Umum mengetahui bahawa Malaysia mempunyai wawasan untuk menjadi sebuah negara maju menjelang…

Islam dan Pengurusan Bencana Alam

Bencana alam datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ada sesetengah bencana ini boleh dijangkakan manakala sebahagian lainnya tidak. Bencana alam telah berlaku di muka bumi ini sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Namun, kejadian ini akan hanya dikenali sebagai bencana hanya apabila ia melibatkan kehilangan nyawa manusia. Walaupun bencana yang datang meninggalkan kesan yang menggerunkan namun amat penting…

Betulkan Persepsi Terhadap Penagihan Dadah

Penagihan dadah bukan satu masalah baru. Usaha untuk mengatasinya telah dijalankan sejak lebih 20 tahun lalu. Walau pelbagai cara dilakukan namun, masalah ini masih membelenggu kitaran hidup masyarakat di negara kita. Ibarat ‘duri dalam daging’, masalah penagihan dadah ini sentiasa menimbulkan polemik dan keresahan di kalangan masyarakat mahu pun penggubal polisi negara. Dalam usaha mengatasi…

Persiapkan Diri Menghadapi Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Alhamdulillah, bulan Ramadhan kini tiba lagi. Satu bulan yang memang dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam di seluruh dunia. Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Oleh itu kedatangannya memang ditunggu kerana bulan ini menjanjikan peluang yang besar untuk seluruh umat Islam meningkatkan keimanan dan ketakwaan. Di dalam bulan Ramadhan, seluruh umat Islam…

Masalah Pemilikan Rumah Dan Kesannya Kepada Kesejahteraan Masyarakat

Setiap orang pasti menyimpan keinginan untuk memiliki sebuah rumah sendiri. Memiliki rumah sendiri merupakan satu kebanggaan dan boleh membawa kebahagiaan, ketenangan dan kesejahteraan kepada kita. Rumah merupakan satu daripada beberapa keperluan asas manusia. Oleh itu, memiliki rumah sendiri akan memenuhi satu keperluan hidup manusia. Atas alasan itu, ada antara kita yang masih merasakan bahawa hidup…

Menilai Diri di Bulan Kemerdekaan

Bulan ini bulan kemerdekaan. Sambutannya sudah mula di canang di seluruh negara. Pelbagai bakal program diadakan bagi mengisi bulan penuh makna ini. Mengibarkan bendera hinggalah ke perarakan, kemeriahannya jelas dirasakan. Namun, apakah sambutan kemerdekaan ini cukup sekadar berpesta sebegini? Apakah erti kemerdekaan ini benar-benar sudah dihayati? Erti kemerdekaan bagi golongan yang pernah dijajah amatlah tinggi.…