Aktiviti Sukarela: Satu Bentuk Kebajikan

Aktiviti sukarela merujuk kepada aktiviti kemasyarakatan di mana kita menyumbang bakti kepada ahli masyarakat yang memerlukan. Tentunya aktiviti seumpama ini amat dituntut oleh Islam. Memelihara kebajikan ahli masyarakat yang lain sememangnya dituntut oleh Islam. Bila kita bercakap tentang kebajikan ahli masyarakat yang lain, biasanya kita akan terbayangkan usaha-usaha untuk mencukupkan keperluan golongan yang tidak berada.…

Realiti Ekonomi Umat Islam

Kelemahan pencapaian ekonomi merupakan suatu masalah yang sering dikaitkan dengan umat Islam, di dunia umumnya mahu pun di Malaysia khususnya. Bagaimanakah umat Islam boleh begitu terbelakang pencapaian ekonomi mereka sehinggakan Islam dan kemiskinan itu menjadi sinonim? Di dalam artikel ini penulis cuba menghuraikan permasalahan ini secara objektif. Senario ekonomi umat Islam. Di Malaysia, perangkaan menunjukkan…

Islam Menjamin Kesihatan Seksual Remaja

Islam sebagaimana yang difahami merupakan satu gaya hidup yang lengkap dengan pelbagai panduan yang mencorakkan kesempurnaan ajarannya. Oleh yang demikian, umat Islam sudah semestinyalah tidak akan teraba-raba dalam mengharungi alam yang fana ini dalam keadaan yang tidak pasti atau dalam keraguan. Ini termasuklah isu yang berkaitan dengan seksualiti yang merupakan aspek kehidupan yang amat peribadi…

Bayaran Pencen Kepada Balu Yang Berkahwin Semula: Pemberian Keadilan Kepada Wanita

Ketika menyampaikan Perutusan Belanjawan 2002 yang lalu, Y.A.B. Perdana Menteri menyebut, “… Di samping membantu meningkatkan taraf hidup ibu tunggal, kerajaan juga membenarkan balu-balu terus menerima bayaran pencen suami yang telah meninggal dunia walaupun selepas mereka berkahwin semula.” Kenyataan ini tentunya disambut baik oleh semua wanita terutamanya para balu sendiri. Ini kerana selama ini, balu…

Peranan Ilmu dan Taqwa di Abad ke-21

Abad ke-21 bakal menyaksikan dunia penuh cabaran. Ini ada kaitannya dengan pergerakan ekonomi dunia menuju globalisasi serta kehadiran kemajuan teknologi maklumat. Globalisasi menekankan kepada konsep perdagangan yang melangkaui batasan sempadan geografi sesebuah negara. Ini bermakna, firma-firma asing bebas untuk melabur dan menjalankan kegiatan perniagaan di negara ini. Begitu juga dengan firma-firma dari Malaysia. Mereka boleh…

Pendidikan Alam Sekitar Asas Pengurusan Berhemah

Malaysia adalah sebuah negara yang sedang berusaha menjadi sebuah negara membangun. Usaha ini jelas kelihatan dengan kepesatan pembangunan dalam pelbagai bidang seperti pertanian, perindustrian, perumahan, perkilangan, pembuatan dan bermacam lagi. Apa yang dikenali sebagai pembangunan ini bukan semata-mata mendatangkan faedah kepada manusia, tetapi ianya juga turut mendatangkan masalah dan bencana sekiranya tidak ditangani dengan bijaksana…

Meredai Dugaan dan Musibah yang Menimpa

Hidup kita memang penuh dengan dugaan dan ujian. Tanpa ujian dan dugaan, sudah tentulah hidup kita yang cuma sementara sahaja ini akan menjadi hambar. Sesungguhnya apa sahaja yang ditakdirkan menimpa diri kita, mempunyai tujuan atau hikmahnya yang tertentu. Hikmah itu pula kadangkala kita sedari setelah sesuatu ujian yang menimpa kita itu berlalu atau juga langsung…

Remaja dan Keseimbangan Ilmu

Kepentingan ilmu dalam kehidupan adalah suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan lagi, lebih-lebih lagi dalam usaha untuk menjadikan masyarakat kita masyarakat yang berilmu dan berinformasi. Bagi kita orang Islam, terutamanya para remaja yang bakal mengisi kepimpinan negara masa depan, jenis ilmu yang wajar dipelajari adalah yang mampu membentuk sudut pandangan hidup yang sempurna dan sederhana.…

Remaja dan Akhlak

Perkembangan mutakhir, terutamanya menjelangnya abad 21, telah memperlihatkan kepada kita akan gejala yang melanda negara kita berhubung dengan disiplin para remaja. Berbagai pihak telah mengeluarkan hujah-hujah mereka untuk melepaskan diri daripada tuduhan kegagalan mendisiplinkan para remaja terutamanya yang berada di bangku sekolah. Rata-rata masyarakat hari ini sedang kebingungan dengan fenomena keruntuhan akhlak di kalangan remaja.…