Revolusi Digital

Revolusi digital masa kini telah mengubah cara pandang kita. Perubahan ini melibatkan seluruh dunia yang merentasi pelbagai budaya, bangsa, agama dan negara..  Perubahan ini juga telah merangkumi pelbagai bidang seperti bidang ekonomi, undang-undang, perubatan, pertanian, agama, politik dan berbagai-bagai lagi. Teknologi digital ini bukan setakat memberi nilai tambah kepada ekonomi. tetapi merupakan satu mesin penggerak ekonomi moden…

Persediaan dan Peranan Generasi Muda Mengisi Kemerdekaan Negara

Beberapa hari sahaja lagi negara akan menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-57.  Sebagai umat Islam kita patut mensyukuri nikmat kemerdekaan yang telah dikecapi selama ini.  Apatah lagi melihat kepada negara kita yang bebas daripada cengkaman kezaliman mahupun kejahilan. Justeru, kita patut mengekalkan nikmat kemerdekaan yang dikecapi agar kemakmuran negara sentiasa dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat. …

Kekalkan Momentum Ramadan

Ramadan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan telah berlalu meninggalkan kita. Namun persoalannya sejauh manakah bulan yang dikatakan sebagai madrasah terbaik ini telah mentarbiahkan kita menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya? Berjaya atau sebaliknya proses pentarbiahan ini adalah bergantung kepada sejauh manakah penghayatan kita dalam usaha melatih dan mengendalikan diri menjadi insan yang bertakwa.…

Kebanjiran Maklumat Dan Cabaran Kemerdekaan

Setiap hari kita menerima pelbagai maklumat. Ada maklumat yang baik dan tidak terkecuali, maklumat yang tidak baik. Kebanjiran maklumat akan membentuk cara berfikir. Keadaan ini seterusnya mempengaruhi sikap dan tingkahlaku manusia. Oleh itu, peranan maklumat jangan dipandang enteng. Maklumat boleh digunakan untuk membentuk sebuah negara yang hebat atau menjatuhkan negara sehina yang mungkin. Bagi melihat…

Sahur : Sunnah Yang Dipinggirkan

Sahur itu barakah. Sahur  mendatangkan manfaat kepada jasmani dan rohani. Namun, berapa ramaikah antara kita mengamalkan sahur sepertimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW? Cukup ramai orang yang berpuasa tetapi tidak bersahur kerana malas untuk bangun, akhirnya waktu sahur berlalu begitu sahaja. Paling tidak pun, sekadar memenuhi syarat makan sahur, makanan berat diambil lewat malam sebelum…

Kemelut Produk Berteknologi

Kemelut masyarakat Islam pada hari ini ialah berhadapan dengan isu futuristik dalam  menangani perkembangan sains dan teknologi yang akhirnya keliru dengan persoalan halal atau haram. Cabaran dalam bidang-bidang seperti bioteknologi, nanoteknologi serta lain-lain dilihat memberi pengaruh besar dalam kehidupan terutamanya persoalan hukum. Persoalan-persoalan agama yang berkaitan dengan cabang-cabang ilmu seperti usuluddin, ilmu fiqah, ilmu tasawuf, ilmu…

Keadilan Matlamat Utama Umat Pilihan

Umat terbaik, demikian jolokan mulia diberikan al-Qur’an kepada umat Islam.  Allah S.W.T. berfirman, “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) manusia (kerana) kamu menyuruh  melakukan segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).” (Surah Ali `Imran…

Mencari Titik Pertemuan Undang-undang dan Penguatkuasaan

Mengikut definisi Kamus, Dewan Bahasa dan Pustaka (Edisi Ketiga), penguatkuasaan ialah kekuatan, kemampuan daya untuk melakukan sesuatu. Undang-undang pula merupakan sesuatu peraturan yang digubal oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan.  Undang-undang dan penguatkuasaan adalah saling bergantungan di antara satu sama lain. Proses pembentukan undang-undang di Malaysia bermula dengan penyedian draf dan kemudian…

Keperluan Nilai Spiritual Dalam Zaman Teknologi Canggih

Tajuk ini amat perlu diberi perhatian hari ini kerana isu-isu mendesak yang dihadapi secara glokal. Beberapa contoh termasuklah isu-isu alam sekitar seperti perubahan cuaca yang drastik, kepupusan sumber alam, jurang perbezaan yang kian meningkat di antara golongan yang miskin dengan yang kaya dan keruntuhan akhlak dalam dimensi keluarga, pekerjaan serta pentadbiran dan pengurusan misalnya. Setelah…