Memartabat Para Ilmuan dalam Pemerintahan

Pertembungan cerdik pandai dengan para profesional mahupun birokrat ibarat telur dan mentega dalam adunan kuih. Andai dibiarkan sahaja tidak akan bersatu sebaliknya jika diadun bersama menghasilkan kuih yang sedap lagi mengenyangkan. Begitu juga perihal dalam prospek mengatur masa depan negara. Kemajuan negara tidak boleh dicapai dengan hanya usaha satu pihak akan tetapi memerlukan sokongan kuat…

Memasyarakatkan Autisma

Bulan April dikenali sebagai Bulan Kesedaran Autisma. Tujuan utama diadakan satu bulan khusus berkaitan autisma ini ialah bagi mewujudkan kesedaran dan kefahaman yang baik di kalangan setiap anggota lapisan masyarakat berkaitan sebarang isu mengenai gangguan autisma. Lantaran itu, pada setiap tahun dalam bulan ini, pelbagai kempen kesedaran berkaitan autisma akan diadakan, sama ada di peringkat…

Kematian Satu Hakikat Yang Sering Dilupakan

Saban hari kita disogokkan dengan berita kematian.  Kematian yang berlaku berpunca dari pelbagai sebab-musabab. Di antaranya melalui proses penuaan, sakit dan kemalangan.  Kematian akibat kemalangan khasnya merupakan satu kejadian kehilangan mengejut yang banyak meninggalkan kesan secara tiba-tiba kepada waris khasnya dan masyarakat amnya.  Kematian sebenarnya memberi keinsafan kepada kita apatah lagi yang melibatkan waris, rakan…

Menghayati Pengajaran daripada Musibah

Malaysia; pemimpin dan rakyatnya sedang diuji.  Ujian demi ujian.  Daripada permasalahan berkaitan dengan cuaca dan persekitaran yang menggugat kesejahteraan hidup sehinggalah kehilangan pesawat MH370.  Sebelumnya pula negara khususnya umat Islam diuji dengan  kemelut yang secara langsung menyentuh akidah dan kedaulatan agama.   Antaranya termasuklah kedegilan golongan anti Hadith, perbicaraan kes kalimah Allah yang belum selesai, penyebaran…

Matlamat Syariah dalam Politik

Apabila berbicara tentang politik, ramai yang menyamakannya dengan pemilihan pemimpin dan politik kepartian semata-matanya. Sebenarnya, politik ditakrifkan sebagai sebarang aktiviti berkaitan pentadbiran sesebuah negara terutamanya proses persaingan untuk mendapatkan kuasa mentadbir oleh individu atau kumpulan. Politik juga merangkumi proses bagaimana kuasa pentadbiran ini digunakan oleh mereka yang mendapat kuasa. Justeru, seseorang pemimpin atau pun kelompok…

Hindar Perbelanjaan Melampaui Pendapatan

Firman Allah SWT bermaksud: “Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan adalah makhluk yang kufur kepada Tuhan-Nya.” (Surah al-Israa’, ayat 26-27). Ayat tersebut menggambarkan kepada kita bahawa amalan berbelanja secara berlebih-lebihan atau berhutang tidak sepatutnya dijadikan budaya dalam masyarakat kerana akan timbul banyak…

Siapa Kassim Ahmad?

Saya tergelak seorang diri membaca ucapan Kassim Ahmad pada Konferensi Politik Nasional (18 Februari 2014). Yang menyebabkan saya tergelak adalah kerana secara tiba-tiba saya teringat kepada filem Tan Sri P. Ramlee “Ibu Mertuaku”. Dalam filem itu baris dialog yang mungkin diingati semua orang adalah pertanyaan si ibu mertua: “Siapa Kassim Selamat?”.  Apabila membaca ucapan Kassim…

Awal Agama Mengenal Allah

Islam adalah agama ilmu, maka orang-orang yang berilmu mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Islam. Kedudukan mereka tinggi kerana mereka mengenali Wujud yang tertinggi, iaitu Wujud yang hakiki, dan pengenalan itu menimbulkan sifat takut dan gerun kepadaNya (Fatir: 28). Al-Qur’an menggelarkan mereka ‘ulama’ dengan sebab itu. Justeru, Sayyidina Ali r.a. mengatakan bahawa mengenal Allah itu adalah…