Jalinan Etika, Agama, Ilmu Tentukan Keamanan Dunia

UNDANG-UNDANG memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Ini kerana sifat manusia itu yang lemah mengawal kehendak nafsunya. Wujudnya undang-undang adalah berasaskan kepada amalan, persetujuan, perjanjian, norma prinsip dan injunksi mahkamah.  Apabila semua perlakuan ini diformalkan, terbentuk satu peraturan yang dinamakan undang-undang. Apabila kita menyebut undang-undang, melanggarinya akan menjadi satu kesalahan besar yang bersamanya hukuman dijatuhkan…

Malu Sebagai Pemangkin Kejayaan

MALU adalah sifat semula jadi anugerah Tuhan kepada manusia. Umumnya, seseorang yang pemalu juga pendiam dan mungkin penakut serta lebih suka menyendiri dan mengasingkan diri daripada sebilangan besar masyarakat. Sifat malu yang berpada-pada amatlah dituntut oleh Islam. Ini sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Malu itu sebahagian daripada iman.” Sementara itu, rasa malu yang keterlaluan…

Menguasai S & T Lahirkan Umat Islam Berdikari

PENGUASAAN sains dan teknologi (S&T) akan menentukan nasib sesuatu bangsa.Tanpa memiliki sains dan teknologi yang dicipta sendiri, kita akan selamanya menjadi konsumer kepada teknologi asing. Seperti kata pepatah,`orang yang bodoh sentiasa menjadi makanan orang yang pandai.’ Sebagai contoh, jika kita tidak mempunyai ilmu mengenai kenderaan dan jika kereta mengalami kerosakan, kemungkinan kita akan ditipu oleh…

Asas Tenaga Nuklear Disebut Dalam al-Quran

KERADIOAKTIFAN telah wujud secara semula jadi, tetapi perkara itu tidak diketahui sehinggalah akhir kurun ke-19, sedangkan di dalam al-Quran, sudah ada satu surah dikenali al-Hadid, yang memperkatakan mengenainya. Istilah al-Hadid merujuk kepada logam besi. Di dalam keadaan semula jadi, besi wujud sebagai satu sebatian dengan logam dan galian lain, antaranya logam radioaktif seperti uranium, plutonium…

Taubat Perlu Dilakukan Ikhlas, Bersungguh-sungguh

MANUSIA kerap terperangkap dalam dosa dan kemungkaran yang dilakukannya sendiri. Sebagai insan yang serba lemah, manusia selalu terjerat dalam langkahnya yang sumbang. Allah sentiasa memberi peringatan kepada hamba-Nya terhadap kelemahan diri mereka sebagai manusia dan menggariskan panduan atau cara terbaik untuk mengawal diri, perasaan serta tingkah laku. Begitu juga dengan cara menyucikan jiwa. Allah turut…

Perkara yang Mengharuskan Seni Suara dalam Islam

SENI suara sama ada bunyi-bunyian, muzik dan nyanyian adalah sebahagian daripada budaya hidup manusia. Setiap bangsa mempunyai seni suaranya tersendiri. Pada umumnya seni suara bertujuan mendapat hiburan dan keseronokan. Al-Quran memberi penjelasan yang teliti mengenai seni suara. Allah berfirman yang bermaksud : “Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk…

Pelbagai Pengajaran daripada Kejatuhan Rejim Saddam di Iraq

APAKAH satu perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan perasaan umat Islam di seluruh dunia apabila Iraq tumpas di tangan tentera penceroboh? Tiada. Itulah jawapannya. Amat sukar untuk mencari perkataan yang tepat bagi menggambarkan perasaan itu, lebih-lebih lagi dalam keadaan di mana seluruh negara Islam tidak berdaya untuk berbuat apa-apa bagi menentang sekatan dan tekanan kuasa…

Pembentukan Budaya Kerja Mengikut Cara Islam

RUANG lingkup ibadat dalam Islam amat luas dan ia merangkumi setiap kegiatan kehidupan manusia. Setiap kegiatan yang dilakukan baik berkaitan individu mahupun masyarakat adalah ibadat menurut Islam selagi memenuhi syarat tertentu. Syarat itu ialah: Amalan yang dikerjakan hendaklah diakui Islam, bersesuaian dengan hukum syarak dan tidak bercanggah dengan hukum itu. Amalan yang melanggar syariat Islam…