Islam dan Pembentukan Budaya Berhibur

Dalam perkembangan mutaakhir budaya berhibur masyarakat di Malaysia kini, banyak perkara yang mesti dipertimbangkan. Terutama sekali perkara-perkara yang berkaitan dengan kesan buruk budaya berhibur yang keterlaluan sehingga boleh merosakkan seseorang. Begitu juga dengan amalan berhibur yang tidak mempertimbangkan tentang batasan agama, nilai budaya, ketinggian akhlak, serta maruah masyarakat dan negara. Perkembangan ini mengingatkan kita supaya…

Pemanduan Berhemah Satu Kewajiban

Hampir saban hari termuat di dada akhbar negara kita berita kemalangan yang meragut nyawa, dan kadar kemalangan ini terus meningkat dari tahun ke tahun. Keadaan ini menjadi lebih parah lagi apabila menjelangnya hari-hari perayaan, seolah-olah musim perayaan itu menjadi perangkap maut yang hanya menunggu untuk membaham mangsa. Walaupun pelbagai iklan keselamatan jalanraya dipaparkan, kempen diperhebatkan,…

Muhasabah Umat Ini

Pernah suatu ketika dahulu seorang tokoh tersohor di rantau Asia Tenggara ini yang juga merupakan negarawan ulung Indonesia, iaitu Bapak Muhammad Nasir mengemukan pandangan bahawa salah satu antara gejala yang membawa kepada kelemahan yang menghambat kebangkitan umat Islam ialah ketiadaan atau kurangnya daya cipta di kalangan umat Islam itu sendiri.  Apa yang diungkapkan oleh beliau sebagai…

Membina Generasi Pewaris Yang Bertaraf Tinggi

Di saat kita mengharungi pergelutan zaman yang semakin pantas berubah dan juga semakin menjurus ke arah kehidupan kebendaan yang begitu dahshat, kita tidak seharusnya lalai dalam memberikan asuhan dan bimbingan yang sewajarnya kepada generasi muda masa kini. Menyedia dan mencorakkan daya fikir serta mengasuh mereka dengan kefahaman Islam yang betul adalah satu keperluan yang mesti…

Antara Kurban Aidil Adha Dan Sambutan Tahun Baru 2007

Sesungguhnya kita umat Islam sangat bertuah kerana dianugerahkan nikmat Aidil Adha sebagai lambang pengorbanan, kehebatan dan keunggulan umat sejagat. Di mana kehebatan dan keunggulan itu dipamekan pada pengorbanan seorang Nabi kepada Tuhannya yang telah menerima perintah supaya berkorban dengan menyembelih anak kesayangannya sendiri. Unggulnya umat Islam itu juga dapat dilihat dalam satu perhimpunan umat Nabi…

Ilmu Penjana Pembangunan

Kini, di saat kita berbicara mengenai pembangunan manusia kita akan menjadi bingung buat seketika kerana semakin rancak pembangunan fizikal yang dirancang dan dilaksanakan maka semakin rancak pula keruntuhan nilai kemanusiaan yang berlaku.  Namakan saja jenis keruntuhan tersebut semuanya ada dalam pembangunan masa kini.  Bermula daripada institusi kekeluargaan yang kucar-kacir hinggalah kepada tandusnya akhlak yang mulia, runtuhnya pemikiran…

Pembangunan Mengikut Acuan Islam

Apa yang dihajatkan dalam pembangunan mengikut acuan Islam adalah suatu yang sangat berbeza dengan pembangunan-pembangunan yang lain. Pertamanya, sejauh manapun pembangunan yang ingin dibawa, Islam tetap memelihara dan mementingkan pembangunan rohani kerana ia menjadi asas kepada pembangunan tersebut. Kedua, pembangunan Islam tidak hanya menumpukan kepada kegiatan-kegiatan fizikal dan kuatitatif sahaja kerana pembangunan jenis ini hanya…

Azam Baru Wawasan Intelektual Muslim

Satu cabaran yang perlu disahut oleh para cendekiawan dan ilmuwan Muslim pada tiap kali sambutan tahun baru atau abad baru ialah menawarkan tamadun Islam sebagai alternatif kepada zaman yang serba canggih ini. Oleh yang demikian, kebangkitan semula Islam yang didokong oleh umat dan cendekiawan Muslim mestilah berupaya mengembalikan kedudukan sebenar umat Islam sebagai khayran ummatan…

Ambil Positif Budaya Modenisme

GAMBARAN kehidupan umat Islam pada masa ini seolah-olah membayangkan bahawa kita tidak mempunyai identiti yang dapat ditonjolkan setanding dengan umat Islam di abad ke-12. Barangkali ini adalah keluhan dan kebimbangan dilahirkan oleh rata-rata umat Islam yang sedar dan celik terhadap perubahan semasa. Suasana kemerosotan identiti ini sangat dirasai terutamanya di zaman perkembangan tamadun manusia yang…

Kekeliruan Identiti Ummah

DI tengah-tengah perkembangan pesat dan keghairahan terhadap pembangunan sekarang, sama ada sedar atau tidak, manusia sedang menghadapi dua pilihan yang sangat penting. Pertamanya, manusia itu hidup sebagai pemegang amanah Allah untuk menjadi khalifah dan memakmurkan alam ini seadanya manakala pilihan kedua pula menawarkan kelonggaran ikatan yang kadang-kadang menafikan perhubungan perhambaannya dengan Allah sekali gus menjadi…