GENERASI BARU: ILMU DAN AKHLAK

Nabi Allah lbrahim dan Nabi Allah Yaakob seperti yang dinyatakan oleh al-Quran dalam surah al-Baqarah, ayat 132 dan 133 berpesan kepada anak-anak mereka supaya terus menerus berpegang dan beramal dengan agama Allah hingga ke akhir hayat. Malah Nabi Allah Yaakob ketika merasai bahawa tanda-tanda kewafatan telah menghampirinya, maka baginda segera bertanyakan anak-anaknya apakah yang akan…

ARUS PERUBAHAN AGAMA DAN SEKULAR

Semasa menghadiri Persidangan Kedua Majlis Agama Turki yang diadakan pada 23 hingga 27 November, 1998 yang lalu, saya tertarik dengan cogan kata persidangan yang berbunyi bahawa keamanan dunia bukanlah satu impian kosong. Bersesuaian dengan cogan kata ini maka pada umumnya semua ucapan di majlis perasmian persidangan, termasuk ucapan perasmian oleh Presiden Turki, adalah berkisar di…

SISTEM PENDIDIKAN ISLAM BERSEPADU

Mungkin hingga kini ramai juga orang Islam yang agak kurang memahami apakah konsep pendidikan Islam yang sebenarnya. Hal ini mungkin juga timbul ekoran dari kefahaman yang tidak jelas tentang Islam itu sendiri sebagai satu sistem dan peraturan yang menyusun dan mengatur keseluruhan aspek kehidupan manusia di dunia ini yang ada hubungan dengan amalan dunia dan…

KAUM YAHUDI DAN MUNAFIK DI MADINAH

Ketika Rasulullah S.A.W. berhijrah ke Madinah dan menubuhkan kerajaan di sana, baginda telah menyusun beberapa rancangan dan strategi pemerintahan untuk memantapkan kerajaan pimpinan baginda. Seperti yang sering dijelaskan, bahawa langkah pertama yang diambil oleh baginda ialah menghubungkan tali persaudaraan dan persefahaman serta kerjasama di antara orang-orang Islam sendiri yang terdiri dari golongan ansar dan muhajirin.…

SIAPAKAH ORANG BERMORAL?

Kegawatan yang melanda dunia moden pada hari ini dari segi penyelewengan moral benar-benar menguatkan lagi konsep dan penghayatan akhlak mulia seperti yang dianjurkan oleh agama. Mengamalkan nilai-nilai moral yang baik menurut ajaran agama kadang-kadang diambil mudah dan diremehkan oleh masyarakat manusia, terutamanya di dunia Barat yang memandang agama sebagai sesuatu yang tidak relevan dengan masyarakat…

INTERNET: BUNGA DI TANGAN MONYET

Anwar Al-Jundi, seorang sarjana Arab terkenal, banyak menulis tentang generasi muda Islam seperti pembinaan perwatakan dan keperibadian mereka, tugas dan tanggungjawab, matlamat dan tujuan hidup mereka, malah hingga kepada tajuk “generasi muda Islam: apakah yang mereka baca?” Dalam konteks tajuk ini beliau melahirkan rasa kesal kerana bahan-bahan bacaan yang sering ditatap generasi muda ialah bahan-bahan…

APAKAH KEUTAMAAN KITA?

Sekali lagi saya amat tertarik dengan pandangan pemikir ulung Islam Profesor Dr. Yusuf al-Qardhawi yang menawarkan beberapa pilihan yang terbaik ketika kita berhadapan dengan satu situasi yang agak membingungkan dan amat sukar untuk diambil keputusan, sama ada mengenai isu hukum hakam, kemasyarakatan, politik dan sebagainya. Beliau menulis bukunya yang amat terkenal, iaitu fiqh al-awlawiyyat atau…

PELAJAR BERILMU DAN BERHIKMAH

Luqman al-Hakim berpesan kepada puteranya: dampingilah para ilmuan, dengarkanlah mutiara ucapan (hukamak) para ahli hikmah, sesungguhnya Allah S.W.T. menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah seperti titisan air hujan yang menghidupkan tanah yang kering kontang. Pesanan Luqman al-Hakim kepada anaknya ini mengingatkan kita kepada perkembangan moden dunia hari ini iaitu ketika kita menghadapi krisis dan…

SELESAIKAN MASALAH SAMA SENDIRI

Setiap kali berlaku perbalahan dalam masyarakat lslam, maka sekian kali pulalah umat lslam diumbang-ambingkan oleh faktor-faktor dalaman dan luaran yang segera membentuk persepsi dan kefahaman mereka yang berbeza-beza, atau mengambil kesimpulan dan hukuman yang terlalu awal untuk menjustifikasikan pendirian masing-masing. Malah dalam keadaan demikian, pihak-pihak yang bertelagah akan segera mengeluarkan fatwa masing-masing untuk menggambarkan kebenaran…