KL 98: KIKIS SIKAP SKEPTIKAL

Dalam kitab suci al-Quran, telah ditegaskan oleh Allah SWT tentang sikap degil atau sekurang-kurangnya perasaan ragu-ragu kaum-kaum yang tertentu untuk menerima dan melakukan perubahan dalam masyarakat masing-masing. Hal ini sebenarnya mempunyai hubungan dengan sikap tertutup mereka dan sikap takut terhadap sesuatu perubahan baru yang akan berlaku dalam pemikiran dan keadaan serta realiti kehidupan mereka umumnya.…

KL 98: SUKAN SERIBU BAHASA

Menyaksikan perasmian KL 98 pada 11 September yang lalu merupakan penyaksian yang membicarakan kemegahan dan jati diri bangsa Malaysia. Mungkin selama bertahun-tahun di bangku sekolah mendengar dan mempelajari tentang cintakan negara dan memupuk semangat patriotisma, tidak sama dengan beberapa jam sahaja bagi seorang pelajar atau anak muda yang menghadiri perasmian KL 98 untuk menyemarakkan semangat…

ISU AGAMA DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Saya telah menerima beberapa surat letronik dari pelajar-pelajar sekolah dan universiti yang di antara lainnya meninjau pandangan dan meminta penjelasan tentang beberapa isu agama dan isu-isu lain juga yang sering mengelirukan mereka. Saya melihat perkembangan ini sebagai sesuatu yang positif dari pihak pelajar, kerana hal ini menunjukkan kesedaran mereka menggunakan teknologi maklumat untuk mendapatkan pengetahuan…

ADAB SOPAN HARUSLAH DIJAGA

Dalam menghadapi cabaran dunia moden hari ini, satu perkara penting yang harus wujud dalam kehidupan kita, khususnya orang-orang lslam, ialah adab dan tatacara kelakuan yang baik. Kalaupun banyak perkara lain yang telah luntur dan merosot dari kehidupan orang lslam seperti nilai kebendaan,ilmu pengetahuan dan penguasaan teknologi serta lain-lain lagi, maka seboleh-bolehnya kita haruslah mempertahankan “adab”…

ISU AGAMA PERLU DIBINCANG

Walau apapun tanggapan tentang isu murtad dan mayat bertukar menjadi khinzir yang diheboh-hebohkan selama ini, saya fikir umat lslam di Malaysia perlu diberi penjelasan yang terang dan telus tentang perkara ini. Isu-isu ini harus difahami dengan semasak-masaknya dan dengan segala fakta dan buktinya, supaya ianya dapat diselesaikan dengan baik dan memuaskan semua pihak. Pihak-pihak yang…

ISLAM KE HADAPAN ATAU KE BELAKANG?

Hendaknya kenyataan Syeikh Al-Azhar yang tersiar di dalam akhbar pada 19 Ogos, 1998 tentang kesederhanaan dalam Islam tidak pula menimbulkan salah faham dan dikelirukan pengertian serta konsepnya oleh mana-mana pihak, atau ditafsirkan sebagai satu kelonggaran terhadap ajaran Islam. Hal ini sering dijadikan isu oleh sesetengah orang Islam sendiri tanpa mengkaji secara menyeluruh tentang konsep kesederhanaan…

BAHASA DAN MEDIA ELEKTRONIK

Manusia sering meminta bukti dan mengemukakan banyak persoalan sebelum mempercayai sesuatu dan mengimaninya. Demikian pulalah dengan kewujudan dan kekuasaan Allah SW.T., maka manusia sering bertanyakan Rasul-Rasul utusan-Nya tentang bukti dan tanda-tanda kekuasaan Allah S. W. T. kerana manusia lebih cenderung melihat dan merasa bukti fizikal dan lahiriah dari hanya bukti kerohanian dan mental atau pemikiran.…

PEMIMPIN ALAF BARU

Dunia hari ini menghampiri abad ke dua puluh satu, iaitu dalam jangka masa yang tidak melebihi dua tahun akan datang, dunia kita akan berada di abad baru, dan alaf baru, tahun 2000. Abad ini, iaitu abad ke dua puluh, sering disifatkan sebagai abad yang paling ganas dalam sejarah umat manusia. Walaupun dunia tidak mengalami peperangan…

SUKOM 98 DAN NILAI AGAMA

Menjelang SUKOM 98 tentulah terdapat banyak negara Komanwel yang akan memfokuskan liputan berita mereka di sekitar temasya sukan tersebut untuk sekian juta penduduk negara masing-masing. Malaysia dengan itu akan menjadi objek pemerhatian dan tumpuan jutaan penduduk dunia sebagai negara penganjur, yang kita harapkan mencapai kejayaan cemerlang dalam mengurus dan menjayakan sukan tersebut, sekali gus menempah…