Individu Istimewa dalam Islam

Dalam masyarakat kita, individu istemewa itu lebih merujuk kepada individu yang berbeza dari individu atau orang lain yang normal. Dalam erti kata yang lain, individu istimewa ialah mereka yang mempunyai kecacatan atau mereka yang tidak memiliki keupayaan secara normal seperti individu normal yang lain. Atas sebab ini jugalah mereka itu digolongkan ke dalam kategori individu…

Tekanan Hidup dan Sakit Mental

Dalam kehidupan, tekanan adalah merupakan satu perkara yg lumrah. Ia adalah sebahagian daripada kehidupan itu sendiri. Malah, amat sukar seseorang itu untuk mencari satu bentuk kehidupan yang bebas dari tekanan. Pendek kata, amat sukar untuk hidup dalam satu dunia atau persekitaran yang tiada tekanan, kerana ia adalah memang mustahil untuk ditemui. Apa yang ada ialah…

Memasyarakatkan Autisma

Bulan April dikenali sebagai Bulan Kesedaran Autisma. Tujuan utama diadakan satu bulan khusus berkaitan autisma ini ialah bagi mewujudkan kesedaran dan kefahaman yang baik di kalangan setiap anggota lapisan masyarakat berkaitan sebarang isu mengenai gangguan autisma. Lantaran itu, pada setiap tahun dalam bulan ini, pelbagai kempen kesedaran berkaitan autisma akan diadakan, sama ada di peringkat…

Ujian Saringan Kesihatan Mental Keluarga dan Masyarakat

Keluarga adalah asas kepada pembinaan sesebuah masyarakat dan negara. Bagi mewujudkan sesebuah masyarakat dan negara yang baik dan sihat, unit kekeluargaan perlulah berada dalam keadaan yang baik dan sihat juga. Kesihatan itu pula bukan hanya tertumpu kepada kesihatan fizikal, tetapi juga kesihatan mental dan jiwa, kesetabilan emosi, kerohanian dan tingkahlaku. Terdapat beberapa perkara berkaitan dalam…

Psikologi dan Pengurusan Emosi Rasul SAW

Kelahiran Nabi Muhammad SAW ke alam ini sememangnya satu rahmat yang amat besar kepada seluruh isi kehidupan. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al Anbiya’, ayat 107 yang bermaksud ‘Dan tidaklah engkau diutus wahai Muhammad, melainkan sebagai rahmat ke seluruh alam’,dan rahmat yang terhasil ini telah menyinari segenap ruang kehidupan manusia, meliputi pelbagai bidang kehidupan…

Salah Laku dan Kesihatan Mental

Secara umumnya, salah laku dikenali sebagai satu kelakuan dan perbuatan yang menyalahi norma-norma yang murni, baik dan dibenarkan dalam masyarakat dan undang-undang serta agama. Sesuatu perbuatan dan kelakuan itu dinyatakan sebagai salah laku kerana sifat kelakuan itu, iaitu apa yang dilakukan itu adalah salah, merupakan satu kesalahan dan mendatangkan kesan kesalahan kerana melakukannya. Kesan kesalahan…

Islam Tuntut Kawal Emosi

Allah telah menjadikan manusia sebagai sebaik-baik makhluk di muka bumi ini berbanding pelbagai makhluk atau spesis yang lain, dan ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah At Tiin, ayat 95. Kejadian yang amat sempurna ini merangkumi keindahan dalam asepk fizikal, dan tarbiyah Islam pula turut membantu dalam pembangunan kecemerlangan emosi dan intelek serta kecantikan akhlak…

Perkhidmatan Psikologi Perlukan Akta

Psikologi sebagai satu disiplin keilmuan ditakrifkan sebagai satu bidang yang mengkaji dan memahami tingkahlaku manusia secara saintifik. Ia mengkaji perhubungan dan perkaitan di antara fungsi otak dan pemikiran, emosi, biologi, sosial dan tingkahlaku seseorang individu manusia dan kesannya kepada individu terbabit. Manakala perkhidmatan psikologi merupakan satu bentuk perkhidmatan yang berasaskan kepada ilmu dan pengetahuan dalam…

Peranan Ibubapa Memelihara Kesihatan Mental Anak-anak

Kesihatan mental kanak-kanak dan remaja merupakan satu aspek penting dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya daripada seluruh anggota masyarakat. Namun, kesedaran untuk memiliki dan mencapai tahap kesihatan mental yang baik adalah bermula dari ibubapa dan keluarga. Segala usaha dan kesedaran ini pula tidak terhenti di peringkat keluarga sahaja. Malah, proses untuk mendapatkan tahap kesihatan mental…