Tafsiran sempit jejas perpaduan – Masyarakat jadi keliru, anggap Melayu tak adil

KUALA LUMPUR: Bolehkah seorang pelajar Islam duduk semeja bersama rakan bukan Islam yang membawa makanan tidak halal ke sekolah? Bolehkah seorang Muslim mengucapkan Selamat Deepavali kepada penganut Hindu?  “Ya…kenapa tidak,” kata Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr Syed Ali Tawfik al-Attas. Beliau menegaskan tindakan segelintir umat Islam mengeluarkan kenyataan sempit atau menguatkuasakan peraturan…

PDRM Tingkat Cegah Jenayah

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menempatkan dua anggotanya di pondok polis di setiap taman perumahan seluruh negara sebagai langkah proaktif mencegah kegiatan jenayah. Melalui konsep ‘police base’ itu, anggota terbabit serta keluarga akan turut diberi kemudahan perumahan di kawasan berkenaan bagi memudahkan mereka melaksanakan tugas. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata…

Pengaruh Hell-Angel Menular di Kalangan Mat Rempit

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Pengaruh cara hidup ahli kumpulan bermotosikal dari Amerika Syarikat (AS) yang dikenali sebagai Hell-Angel di kalangan mat rempit amat membimbangkan masyarakat terutamanya polis kerana dilihat mampu memesongkan akidah dan meruntuhkan akhlak rakyat di negara ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberitahu, pegangan hidup kumpulan tersebut yang mementingkan kebebasan serta bergelumang…

Berjihad Hadapi Cabaran Global

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggesa rakyat supaya berjihad menentang segala masalah dan krisis semasa yang dihadapi negara dan dunia pada amnya. Perdana Menteri berkata ia boleh dilakukan jika rakyat pelbagai kaum dan agama mengetepikan perbezaan masing-masing dan memberi tumpuan terhadap matlamat bersama, dengan bekerja bersama-sama dalam menangani cabaran global pada masa kini. “Konsep jihad…

Guidelines on Islamic Standards

KUALA LUMPUR: A set of Islamic standards will be introduced to the services and management sector, said Institute of Islamic Understanding Malaysia (Ikim) chairman Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid.  He said the standards would assist Islamic-based organisations practise quality management from the Islamic perspective and enhance corporate governance.  “From the organisation’s point of view, the…

IKIM Perkenal Sistem ISO

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) merancang memperkenalkan Sistem Standard Pengurusan berprinsipkan Islam bagi semua sektor untuk meningkatkan urus tadbir serta menerapkan nilai-nilai Islam dalam pengurusan, tidak lama lagi. Sistem yang berasaskan standard piawaian antarabangsa (ISO) itu diselaraskan dengan nilai-nilai syariah berasaskan al-Quran, hadis dan fatwa-fatwa. Pengerusi IKIM, Tan Sri Dr. Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata,…

Tiada Pindaan Pada Perlembagaan Persekutuan

Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa terhadap apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah syariah tidak boleh dipinda, kata Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas. Beliau berkata Ikim berpandangan bahawa Perlembagaan Persekutuan sudah lengkap dan tidak perlu dipinda lagi. “Jika ada keperluan untuk…

UIA Dan UM Berentap Dalam Debat Kefahaman Islam

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM) akan berentap dalam pertandingan akhir debat kefahaman Islam antara institusi pengajian tinggi di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini esok. Juara pertandingan akan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, piala pusingan serta sijil, pemenang kedua RM15,000 dan ketiga RM10,000. Menurut Pegawai Perhubungan Awam IKIM Sapuah…