Keseimbangan Sistem Kepercayaan dalam Muamalah

Kematangan fahaman Islam di Malaysia perlu diiktiraf dengan memberi ruang kepada keseimbangan dalam rekayasa pembangunan tamadun dengan keselarian di antara tata-aqidah dan muamalah. Bertambahnya sifat ketidakcukupan moral, kemiskinan adab, pengabaian tanggungjawab, penguncupan keseimbangan serta kegagalan perundangan hasil dari kerangka kapitalis dan sekular jelas memerlukan pemulihan. Masa untuk kembali kepada aturan Islami sudah lama tiba, apatah…

Wang dan Kewangan Islami

Kewangan Islam telah diterima umum dan menjadi satu industri yang amat memberansangkan. Namun terdapat tanggapan bahawa kemudahan kewangan Islam tiada beza dengan kewangan biasa kecuali nama kontrak tersebut dalam bahasa arab dan borang-borang berwarna hijau. Kalau kontrak tersebut pinjaman, pelanggan masih perlu membayar lebih dari apa yang dipinjamkan atau kadang-kadang lebih tinggi. Adakah sama faedah…

Penghayatan Syukur di Aidil Fitri

Menafikan peranan Ramadhan sebagai bulan ujian dalam mengangkat martabat keinsanan dengan pengisian perayaan yang bercanggah dengan tuntutan Islam adalah satu kesilapan besar umat Islam. Bulan Ramadhan merupakan tempoh penting sepanjang setahun untuk melihat sejauh mana manusia terdidik secara khusus terhadap pengabdian dan kepimpinan diri dalam fitrahnya. Sekiranya ia dicemari dengan amalan maksiat dan sia-sia dalam…

Teknik Pemasaran Mengelirukan

Dalam pasaran bebas berlandaskan konsep pembeli berwaspada atau ‘caveat emptor’, tugas membezakan baik dan buruk adalah tanggungjawab pengguna. Tidak semua barangan yang ditawarkan baik dan ada sesetengahnya pula langsung tidak menepati keperluan. Namun, perkembangan terkini teknik pemasaran telah memberi kebebasan yang luas kepada pengusaha dalam mempromosikan barangan atau perkhidmatan mereka. Sudah sampai masanya umat Islam…

Peranan Bank Merangsang Ekonomi Negara

Seluruh dunia sedang mencari jalan bagaimana mengatasi masalah ekonomi yang sedang dihadapi. Berbagai langkah diambil bermula dari pakej rangsangan dan cetusan fikrah menerajui hala baru. Sejauh manakah dunia akan berhadapan dengan kemungkinan krisis ekonomi lagi di masa akan datang? Persoalan ini perlu dilihat dari sejauh mana penambahbaikan dibuat terhadap punca-punca kemerosotan aturan kewangan yang pernah…

Hutang: Membantu atau Membelenggu

Ramai orang berlumba-lumba mengejar kekayaan tidak kira apa latar belakang dan kerjaya. Dalam kesibukan mengejar kekayaan, kerap kali perimbangan di antara pendapatan dan perbelanjaan menjadi semakin pincang. Hutang atau amalan kredit yang suatu masa dahulu satu penghinaan kini telah dianggap sebagai satu kebiasaan. Malah, ada yang menganggap hutang sebagai satu kemestian. Perubahan sudut pandangan ini…

Mengurus Risiko atau Mengambil Risiko

Pakej rangsangan merupakan satu langkah pengurusan risiko terhadap kelembapan ekonomi yang dihadapi. Musim kemerosotan kali ini menyaksikan peruntukan yang lebih tinggi diumumkan oleh kebanyakan negara. Pakej sebanyak RM60 billion yang diumumkan baru-baru ini merupakan tambahan kepada belanjawan sedia ada yang baru juga diumumkan. Walau bagaimanapun, persiapan ke arah pengurusan risiko ekonomi ini perlu juga mengambilkira…

Halal: Antara Piawaian dan Perniagaan

Pentas Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2009 menyaksikan berbagai rencam pedagang dan pembeli serta pelbagai barangan dan perkhidmatan dalam pasaran halal. Ada yang gembira kerana mendapat kontrak niaga, tidak kurang juga ada yang pulang dengan perasaan hampa dan terdapat juga syarikat yang tidak dapat memasuki negara kerana ancaman penyakit berjangkit. Yang paling menyedihkan ialah ada…

Halal: Antara Piawaian dan Perniagaan

Pentas Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2009 menyaksikan berbagai rencam pedagang dan pembeli serta pelbagai barangan dan perkhidmatan dalam pasaran halal. Ada yang gembira kerana mendapat kontrak niaga, tidak kurang juga ada yang pulang dengan perasaan hampa dan terdapat juga syarikat yang tidak dapat memasuki negara kerana ancaman penyakit berjangkit. Yang paling menyedihkan ialah ada…

Rencana Penjenamaan Semula

Rantaian pembangunan dalam teknologi pengeluaran barangan dan perkhidmatan nampak seolah-olah mengalami satu pusingan. Apabila tiba ke tahap matang, ia akan berpusing mengulangi penemuan terdahulu untuk diulangkeluarkan. Perubahan pasaran yang memperkenalkan barangan atau perkhidmatan mengulangi cetusan fikrah lampau untuk disesuaikan dengan keperluan semasa. Tumpuan telah beralih dari menjanakan barangan dan perkhidmatan baru kepada menjenamakan barangan dan…