Bulan Fitrah Meleraikan Waham Masyarakat

Dilemma prestasi dan pengeluaran yang dihadapi oleh kebanyakan organisasi sepanjang bulan Ramadhan tidak dapat dinafikan berlaku. Bermula dari waktu kerja dipendekkan, mutu kerja yang kurang memberangsangkan sehinggalah kepada banyak kegiatan pengeluaran biasa ditangguhkan. Kemungkinan keseluruhan gambaran ini memberi petunjuk bagaimana penyelarasan pembangunan jasmani dan rohani berlaku. Namun dalam kepayahan menerima hakikat bulan latihan ini dari…

Rencana Baru Perniagaan

Keseimbangan dan pertambahan bilangan penduduk di Malaysia berbanding peluang pekerjaan yang ada di pasaran kini menjadi satu masalah. Berbagai usaha telah dilakukan termasuklah meningkatkan kemahiran melalui latihan serta membuka peluang kerjaya baru di dalam sektor awam dan swasta. Rancangan gunatenaga negara telah mengambilkira semua sudut dalam perlaksanaan tetapi masalah pengangguran masih berlarutan. Semua perancangan bergantung…

Ertikan Bangsa Merdeka

Kemajuan dalam pembangunan komunikasi dan maklumat seiring dengan pengaliran modal, pelaburan dan pergerakkan/perpindahan manusia menyengat keharmonian masyarakat, persekitaran dan ekonomi negara dalam zaman muamalah tanpa sempadan. Berbagai dasar dan gerakkerja dibentuk bukan sahaja untuk menyediakan negara menghadapi hambatan ini, malah lebih mencabar lagi ialah untuk memastikan keupayaan mempertahan dan memimpin dunia dengan kelebihan yang tersedia.…

Percanggahan Kepentingan dan Kegagalan Sistem Penyampaian

Perkataan ‘conflict of interest’ atau percanggahan kepentingan secara umumnya merupakan satu keadaan apabila seseorang atau sesebuah badan mempergunakan kepakaran, kerjaya atau kedudukan tertentu bertindak untuk kepentingan yang bercanggah dengan kepentingan sebenar. Masalah ini merupakan punca asas kepada hampir keseluruhan salahlaku terutamanya dalam amanah yang melibatkan masyarakat. Kegagalan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan adalah berpunca…

Kenaikan Berangkai Merencana Pembangunan Malaysia

Hati kakitangan kerajaan berbunga mekar kerana penantian yang sudah sekian lama ditunggu-tunggu telah kunjung tiba. Mungkin ramai tidak menjangkakan bahawa kenaikan yang begitu memberangsangkan akan diumumkan oleh Perdana Menteri Kelima iaitu YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini. Pengumuman ini merupakan hari bersejarah bagi kakitangan awam dan akan merencanakan Malaysia bagi tempoh-tempoh akan datang.…

Penjajahan Bentuk Baru

Suatu keadaan yang pasti di lalui dalam kehidupan ialah perubahan. Itulah tandanya baharu alam ini. Dunia juga berubah dari masa ke semasa. Terkadang sukar untuk kita fahami perubahan ini. Bagi mereka yang alpa sering menjadi mangsa perubahan. Begitu juga dengan perubahan dalam bentuk kuasa dan penjajahan. Dari zaman penjajahan bersenjata atau kekerasan berlaku, yang lemah…

Kelangsungan dan Keharmonian Perlu Ijtihad

Forum Jihad Ekonomi yang dianjurkan oleh Gabungan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) baru-baru ini membuka fikrah baru ke arah menyempurnakan perjuangan mengangkat martabat ekonomi bumiputera dan wadah keseimbangan ekonomi kebangsaan. Syarikat Milik Kerajaan (GLC) telah melaksanakan perancangan yang wajar ke arah ini. Kesannya, banyak syarikat bumiputera pelbagai kluster merasai nikmat pasaran dan kelangsungan syarikat dengan mendapat…

Bahaya Taqlid Dalam Masyarakat Kini

Zaman telah berubah dari era demi era sehinggalah ke era pengetahuan dan teknologi. Masyarakat dari hari ke hari disuapkan secara sengaja atau tidak dengan berbagai kefahaman dari pelbagai sumber. Kebaikan umat Islam makin boleh dipersoalkan malah ada di kalangan umat Islam tiada kepastian atau meragui sendiri agama mereka. Yang tergadai maruah dan agama berlari seiring…

Peluang Integrasi Melalui Latihan Industri

Sulaman integrasi antara kaum di Malaysia kini semakin bercelaru dan melompangkan jurang yang membimbangkan terutama apabila isu-isu sensitif seperti keagamaan, hak samarata dan wadah politik dipergunakan oleh pihak yang berkepentingan. Sekali direnung ke hadapan, agak mustahil keharmonian dalam masyarakat berbilang bangsa dapat dicapai sekiranya tindakan wajar tidak diambil. Akhirnya, sejarah Malaysia akan mengulangi lagi detik cemas peristiwa 13 May…

Harga Perkhidmatan Pekerja Asing Tidak Mahir

Di dalam teori ekonomi, semua perkara dilihat dari sudut nilai ekonominya. Nilai ini juga yang menarik kecenderungan kita untuk membuat keputusan dan kesanggupan membayar harganya manakala perkara lain dilepaskan kerana kekurangan kelebihan berbanding pilihan yang dibuat. Begitu juga berlaku dalam keputusan kita menggunakan khidmat pekerja asing yang tidak mahir. Keputusan ini telah menyebabkan kita membayar…