Rencana Penjenamaan Semula

Rantaian pembangunan dalam teknologi pengeluaran barangan dan perkhidmatan nampak seolah-olah mengalami satu pusingan. Apabila tiba ke tahap matang, ia akan berpusing mengulangi penemuan terdahulu untuk diulangkeluarkan. Perubahan pasaran yang memperkenalkan barangan atau perkhidmatan mengulangi cetusan fikrah lampau untuk disesuaikan dengan keperluan semasa. Tumpuan telah beralih dari menjanakan barangan dan perkhidmatan baru kepada menjenamakan barangan dan…

Perancangan Strategik Aturan Kewangan Antarabangsa

Aturan kewangan antarabangsa berlandaskan kredit ciptaan yang lumpuh merupakan peluang besar kepada Malaysia untuk memacu perkembangan dan mengepalai peralihan aturan kewangan dunia. Perlantikan Gabenor Bank Negara Malaysia sebagai salah seorang panel dalam rombakan aturan kewangan antarabangsa di bawah payung Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) adalah petunjuk bahawa dunia mula mengikhtiraf pendekatan dan kaedah yang telah mendasari…

Wabak Krisis Ekonomi Dunia

Mungkin hampir tidak ada pihak yang menjangkakan bahawa rentak tari ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan dunia akan sumbang sebegini teruk sekali. Syarikat-syarikat gergasi yang gah mempunyai aset yang berbillion-billion di AS kini mengalami masalah kerugian, tidak dapat lagi meneruskan syarikat dan terpaksa gulung tikar kerana mengalami muflis. AS terpaksa menampung kerugian syarikat tertentu bagi memulihkan…

Penyusunan Semula Aqad Muamalah Kewangan

Persoalan mengenai faedah, riba atau ‘interest’ dalam urusan kewangan menjadi mauduk perbincangan penting sejak berabad lamanya. Kegagalan memahami istilah dan penggunaan secara tepat boleh menyebabkan kepincangan dalam pengurusan kewangan dan ekonomi. Sejak penggunaan istilah yang saling berkongsi makna yang sama ini dan perkembangan muamalah kewangan Islami, kegiatan yang mempunyai faedah dielakkan ekoran dari pengharamannya. Kekaburan maksud sebenar…

Pertimbangan Munasabah Dalam Keputusan Ekonomi

Serangan panik suasana ekonomi sekarang membingungkan dan sukar dijangkakan. Kemunasabahan membuat pilihan merupakan perkara penting dalam kehidupan manusia bermuamalah. Memilih dan mengambil tindakan memerlukan kadar pertimbangan yang tinggi terutama dalam perkara melibatkan perkara besar melanda negara dalam persoalan kenaikan harga. Dengan memahami kedudukan harga pasaran minyak dunia, memang tidak dapat dinafikan bahawa kenaikan terpaksa ditelan…

Tadbir Urus Kewangan Islami

Malaysia kini terkenal sebagai negara penawar perkhidmatan kewangan Islami antarabangsa dan merupakan pelantar utama kepada pelabur dan pelanggan perbankan berlandaskan syariah. Perkembangan yang memberangsangkan ini berlaku dalam tempoh yang singkat iaitu bermula dari institusi perbankan pertama ditubuhkan pada 1983 sehinggalah kepada pelancaran institusi kewangan terbaru kebelakangan ini. Penggubalan dan penguatkuasaan Akta Perbankan Islam 1983 juga…

Keadilan Harga Kunci Agihan

Islam telah menyeru ummahnya untuk menegakkan keadilan dalam apa saja urusan tidak terkecuali dalam urusan muamalah. Meletakkan sesuatu pada tempatnya amat penting walaupun dalam hal-hal tertentu dengan mengambil kira hubungan pasaran atau lebih tepat lagi perantaraan permintaan dan penawaran yang juga memainkan peranan. Menyedari hakikat saranan ini, tekanan pasaran sepatutnya tidak boleh membenarkan berlakunya penindasan…

Rangka Perundangan dan Piawaian Dalam Aturan Kewangan Islami

Perbankan dan kewangan Islami kini telah diterima sebagai perantara kewangan yang setanding dan memberi sumbangan dan kesan kepada keseluruhan usaha pembentukan kekayaan, perkembangan dan pembangunan negara dan dijadikan keutamaan pihak-pihak yang berurusan dengan kewangan dan perbankan di seluruh dunia. Namun, terdapat kejanggalan dalam perkembangan ini apabila sudut perundangan, pertikaian dan piawaian perakaunan kurang diberi perhatian.…

Undang-Undang Rimba Masyarakat Bertamadun

Banjir yang melanda, kebakaran hutan, terik matahari atau kemarau yang panjang yang memusnahkan tanaman masyarakat kuno menjadikan kehidupan mereka sukar. Mereka tidak mampu melawan kuasa tersebut kerana kuasa itu bagi mereka terlalu kuat dan hebat. Langkah yang boleh mereka ambil ialah dengan meminta pertolongan dan belas kasihan darinya iaitu dengan menyembahnya. Lalu masyarakat kuno menyembah…