Manusia Dahagakan Jaminan Keselamatan

Risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. mengandungi tiga perkara utama iaitu akidah tauhid, syariah Islam dan akhlak yang luhur. Semasa berada di Mekah, baginda telah menyebarkan akidah tauhid di kalangan bangsa Arab Jahiliah. Ajaran yang dibawa itu adalah bertentangan dengan kepercayaan nenek moyang bangsa Arab yang menyembah berhala. Mereka menyembah berhala kerana telah lama…

Wasatiah dalam Pembangunan Islam

Umat Islam dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai umat wassatan. Umat wassatan bermakna umat yang pilihan lagi adil, dan juga bermakna umat yang pertengahan, iaitu pertengahan segala pembawaannya, tidak melampaui dan tidak keterlaluan di dalam menganut kepercayaannya, demikian juga akhlak dan amalannya; segala-galanya berkeadaan di tengah-tengah, dan diusahakan meliputi soal-soal dunia dan akhirat. Manusia ialah makhluk…

Menghormati Manusia, Sama Ada Hidup Atau Mati

Pemerintahan sekular memisahkan urusan dunia dengan agama. Ruang lingkup agama dibataskan hanya kepada aspek kepercayaan seseorang dan amalan spiritual individu dengan Tuhannya. Menyerahkan undang-undang ciptaan mengurus hal ehwal masyarakat dan pentadbiran negara. Pemisahan antara urusan pentadbiran negara dengan ehwal keagamaan berlaku di negara yang mengamalkan dasar sekular. Islam adalah agama yang syumul. Ruang lingkupnya mencakupi…

Prosedur Sebelum Mufti Keluarkan Fatwa

Masyarakat beranggapan fatwa boleh dikeluarkan oleh sesiapa sahaja yang bergelar ulama, sama ada daripada kalangan ustaz atau tok guru. Pada zaman permulaan Islam, khususnya selepas ketiadaan Rasulullah s.a.w. sahabat-sahabat termasuk khalifah mengeluarkan fatwa. Ketika itu mereka yang layak di kalangan sahabat tidak dihalang mengeluarkan fatwa. Fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh sahabat-sahabat dipegang oleh mereka selepasnya iaitu…

Lakukan Perjalanan Jauh Seperti Musafir

`BIAR lambat asalkan selamat’ adalah di antara kata-kata nasihat yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam ucapan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Dalam nada yang penuh harapan beliau merayu supaya pemandu-pemandu lebih berhati-hati dan berhemah memandangkan kemalangan yang melibatkan kematian semakin bertambah. Beliau kelihatan sedih bercampur marah apabila mendengar…

Tarbiah Bukan Untuk Tujuan Lulus Periksa

Rasulullah s.a.w. telah berjaya menyampaikan ilmu dan mentarbiah masyarakatnya sehingga menjadi insan yang berilmu, beriman dan bertakwa serta mempunyai sifat ihsan serta bersedia berkorban mempertahankan Islam semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Pendidikan berlaku dalam dua bentuk iaitu formal dan non-formal. Pendidikan tidak formal berlaku dalam berbagai keadaan dan bentuk penyampai termasuk oleh ibu bapa,…

Prinsip Pemerintahan Islam Universal

Dalam ucapan pertamanya yang disampaikan di Parlimen baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melafazkan beberapa istilah yang terdapat dalam siasah dan pentadbiran Islam. Di antaranya ialah amanah, rasuah, adil dan syura. Sekali imbas ini membayangkan corak kepimpinan yang akan diambil oleh beliau dalam menerajui Malaysia ke tahap yang cemerlang dan terbilang dengan…

Orang Islam Mesti Pelihara Hak Setiap Individu Manusia

Dalam al-Quran dan Sunah terdapat perkara-perkara yang menyentuh hak-hak manusia. Ini lebih jelas apabila meneliti kandungan Sahifah Madinah. Jaminan ke atas hak-hak rakyat adalah bertujuan supaya keadilan dan kesaksamaan dapat dicapai dan dinikmati oleh rakyat. Jaminan kepada hak-hak rakyat atau individu adalah menjadi makasid al Syariah. Tujuan utama syariah adalah untuk menjaga kepentingan manusia dalam…

Jiran Jadi Asas Masyarakat Penyayang

Kemajuan yang upaya dicipta hasil daripada kebijaksanaan manusia yang menguasai ilmu tidak semestinya menjanjikan segalanya kebaikan, bebas daripada kesan yang boleh menjejaskan kehidupan manusia dan kebahagiaan hidup dalam masyarakat. Kemajuan ada kala boleh mendatangkan kesan negatif jika tidak diurus dengan baik dan diasaskan kepada nilai-nilai kemanusiaan yang murni. Untuk melahirkan masyarakat yang penyayang dan prihatin…