Meraikan Kunjungan Tetamu Yang Mulia

Sama ada ia dinanti atau kunjungannya disambut dengan hati yang sepi, ia tetap datang lagi. Namun, Baginda Rasulullah SAW mengatakan bahawa kita seharusnya menyambutnya dengan penuh kegembiraan. Gembiranya hati menyambut kehadiran tetamu yang Allah SWT muliakan ini menandakan wujudnya iman di hati. Dalam sebuah Hadis, Rasulullah menyebut, “Telah datang kepadamu bulan Ramadan, penghulu segala bulan,…

Ubah Suai Prosedur Fasakh Untuk Alasan Tekanan Mental

Menurut Imam al-Ghazali, akal merupakan punca, titik permulaan dan asas kepada pengetahuan. Pengetahuan terbit daripada akal sebagaimana buah yang tumbuh daripada pokok, cahaya terbit daripada matahari dan penglihatan daripada mata. Akal juga merupakan unsur yang membezakan keperibadian seseorang manusia dengan seorang manusia yang lain. Ia perlu sentiasa dikembangkan secara berterusan supaya manusia dapat memperbaiki diri,…

Maqasid Politik Negara Islam

Setiap benda yang bernyawa dan hidup di dunia ini, masing-masing mempunyai matlamat. Dan secara umumnya, matlamat manusia adalah sama iaitu, mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan. Cuma bentuk dan ukuran setiap kebahagiaan dan kesejahteraan itu amat relatif sifatnya. Hatta disebut oleh al-Farabi bahawa tujuan bernegara (juga) adalah hendak mencapai kebahagiaan. Kata-kata al-Farabi disambut oleh Imam Abdul Hamid…

Rasuah Dalam Ibadah Haji: Pencabulan Terhadap Tazkiyyah Kerohanian

Dari orientasi konsepsinya ibadah ini bermaksud “kunjungan”, manakala dari sudut syarak pula ia bermakna kunjungan ke Baitullah al-Haram di Mekah dengan tujuan untuk mengerjakan ibadah-ibadah tertentu mengikut syarat-syarat tertentu. Seruan untuk mengerjakan haji telah termaktub sebagai salah satu rukun Islam yang mesti dilaksanakan oleh individu Muslim. Sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah SWT dalam Surah…

Akhlak Buruk Meruntuhkan Peradaban Bangsa

Kemajuan dan tamadun yang tinggi merupakan sesuatu yang dicita-citakan oleh semua bangsa. Pembinaan tamadun atau peradaban bangsa tidak boleh berlaku secara sekelip mata dan ia  merupakan suatu proses yang memakan masa. Mengekalkannya juga bukan tugas yang mudah. Kekuatan dari aspek pertahanan negara, ekonomi dan politik merupakan asas  dan elemen utama untuk membina dan mengisi peradaban itu sendiri.…

Syariah Memantau Akhlak Dalam Rumah Tangga

Pada dasarnya isteri wajib mentaati suami, selagi ketaatan tersebut dalam lingkungan perkara yang diharuskan syarak. Sehinggakan perkara atau ibadah sunat yang hendak dikerjakan oleh isteri pun harus mendapat keizinan suami terlebih dahulu. Begitulah besarnya kuasa atau autoriti suami yang diberikan oleh Allah SWT disebabkan berat dan besar tanggungjawab suami sebagai pemimpin keluarga. Selama mana satu-satu…

Keperluan Penubuhan Yayasan Keluarga Islam Di Malaysia

Walaupun terdapat kajian yang mengatakan bahawa nisbah perceraian bagi pasangan Islam mengikut populasi penduduk beragama Islam menurun berbanding sedekad dua yang lalu, tetapi bilangan perceraian itu sendiri tetap meningkat dari tahun ke tahun. Apabila angka perceraian terus meningkat dari masa ke masa, yang menunjukkan berlakunya pertambahan konflik rumah tangga ataupun keluarga, maka ia merupakan petanda…

Menangani Idea Terlampaui Blogger

Era pascamodenisme merupakan era lambakan maklumat dan pelbagai informasi. Jika dalam era sebelum ini ilmu atau sebarang maklumat hanya boleh diperoleh melalui sumber yang terhad, tetapi pada hari ini, begitu banyak maklumat yang hanya berada di hujung jari. Walau bagaimanapun, maklumat yang terlambak di hadapan kita belum pasti benar dan boleh memberi sumbangan kepada pembinaan…

Transformasi Sistem Perundangan Islam: Bersediakah Kita?

Tidak dapat dinafikan bahawa sistem perundangan Islam di Malaysia sentiasa mengalami perubahan, perkembangan dan pembaharuan dari semasa ke semasa. Pembaharuan yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk memastikan mekanisme sistem perundangan Islam sentiasa mampu melaksanakan fungsinya bagi mengurus permasalahan umat Islam yang berubah bentuknya menurut perubahan semasa. Selain  ia berperanan untuk menjaga kemaslahatan serta kebajikan umat Islam. Dan…

Bila Kehakiman Islam Tidak Islami

Ulama bersetuju supaya istilah “kehakiman” atau “al-qada’” difahami sebagai penyelesaian terhadap sebarang konflik antara pihak-pihak yang bertikai dengan menggunakan pendekatan undang-undang yang mengikat. Sehubungan dengan perkara ini, menurut al-Sarakhsi, kehakiman merupakan sebahagian daripada (tugas-tugas) fardu kifayah yang amat penting selepas beriman dengan Allah SWT. Ini kerana kehakiman yang adil akan dapat memastikan keamanan dan keharmonian…