Hutang Wajib Dilangsai Walaupun Sudah Meninggal
Berkaitan pinjaman kewangan, pada dasarnya, Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang. Perkara ini dijelaskan dalam hadis daripada Uqbah bin ‘Amir yang bermaksud: “Janganlah kalian membuat takut jiwa selepas ke-tenangannya.” Mereka berkata: “Apa itu wahai Rasulullah?” Beliau bersabda: ‘Hutang.’ Itulah sebabnya, umat Islam diajarkan sepotong doa yang bermaksud: “Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu daripada kegundahan dan kesedihan,…