Apakah perlu Iran dan Syria dilibatkan untuk menyelesaikan konflik di Iraq?
Jangkaan kegagalan untuk mengembalikan keamanan di Iraq setelah penaklukan Amerika dan sekutunya menjadi kenyataan apabila usaha-usaha penyelesaian kemelut di Iraq terus menghadapi kegagalan dan kebuntuan. Keganasan yang dilakukan oleh tentera Amerika dan anti-Amerika di Iraq semakin hari semakin berleluasa. Pastinya, ramai anak-anak kecil, wanita dan orang tua menjadi korban kerana kerakusan dan perebutan kuasa politik. …