Acah Hijau : Ketidakjujuran Di Sebalik Elemen ‘Hijau’

Dalam era peningkatan kesedaran alam sekitar kini, istilah “hijau,” “mesra alam,” “lestari,” “bebas bahan kimia” atau “alami” laris digunakan terutamanya untuk mencipta persepsi positif terhadap sesuatu produk, perkhidmatan atau jenama, mengikat kepercayaan dan kesetiaan pengguna serta mewujudkan tanggapan tentang mutu produk yang tinggi. Pengguna pula mudah berasa puas dan selamat apabila menggunakan produk yang diyakini “tidak merosakkan” alam. Namun, adakah semua ini benar atau sekadar satu lakonan pengeluar barangan atau sesebuah syarikat korporat? Artikel ini cuba menelusuri taktik acah hijau yang berleluasa di Malaysia dan membawa pembaca memikirkan baik-buruk strategi tersebut.

Living Well, Living Long : Why Health Starts With You

According to the latest data from the Department of Statistics Malaysia (DoSM), the current average life expectancy for Malaysians, regardless of ethnic group is 75.2 years. The life expectancy for males is 73 years, while females can expect to live longer, averaging 77.8 years. Such numbers are not alarming, but they do suggest for greater consideration of the connection between longevity and quality of life, especially in terms of health. Undoubtedly, technological advancement in medical field have played a crucial part in elevating the life expectancy as they continue to progress.

Aspirasi MADANI Harus Berteraskan Pendidikan Bernaratif

Apakah sejarah kita? Di manakah kita sekarang? Dan kemanakah kita sedang menuju? Dalam Civilisation on Trial (1948), Arnold Toynbee berpendapat tiga soalan induk ini perlu dijawab jika kita ingin menjamin keberlangsungan dan kemakmuran sesebuah tamadun. Jika gagal dijawab, nescaya kejatuhannya menjadi hampir pasti. Jawapan bagi ketiga-tiga soalan di atas ini dikenali sebagai “naratif besar” (grand…

Jurang Digital dan Warga Emas Dalam Era Teknologi Baharu

Malaysia kini sedang melangkah ke arah digitalisasi menyeluruh melalui pelbagai inisiatif negara pintar dan transformasi perkhidmatan awam secara dalam talian. Namun, dalam keghairahan mengadaptasi kecanggihan teknologi, warga emas merupakan kelompok yang tidak harus dilupakan. Dalam arus kemajuan ini, wujud satu bentuk ketidakseimbangan baharu yang disebut sebagai jurang digital. Sudah pasti, warga emas menjadi antara golongan yang paling terkesan. Lebih daripada sekadar isu teknologi, jurang yang wujud ini ialah isu kemasyarakatan dan keadilan sosial. Dari sudut pandang Islam, isu ini menyentuh nilai ihsan, tanggungjawab dan maslahah ummah.

Pasca Keputusan Mahkamah Persekutuan Dalam Kes Cabaran Fatwa SIS Forum: Penilaian Kesan dan Implikasi

Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 19 Jun 2025 berhubung rayuan oleh SIS Forum (Malaysia) (“SIS”) dalam isu semakan kehakiman terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor menandakan satu titik perubahan penting dalam landskap perundangan syariah dan Perlembagaan di Malaysia. Keputusan ini bukan sahaja menyentuh soal keabsahan fatwa terhadap entiti bukan individu, malah turut menimbulkan persoalan mengenai bidang kuasa negeri dalam mengeluarkan fatwa serta sempadan hubungan antara institusi keagamaan dan kerangka perundangan negara.

A Sound Creed, Rejecting False Beliefs

In a modern world that is often viewed as advanced and driven by higher technology, the overload of data and information has led to greater confusion and doubt, particularly in matters of religious belief. Last year, a deviant sect known as The Ahmadi Religion of Peace and Light emerged, claiming that the awaited Imam al-Mahdi had already appeared and was currently in hiding. Their leader, Abdullah Hashem Aba Sadiq, is considered by their followers as one of the many “little mahdis” who would represent the al-Mahdi before his public emergence (zuhur). What is more worrying is that one of their so-called “bishops” is a Malaysian.

Penyusuan Susu Ibu Perlu Disokong Demi Masa Depan Ummah

Penyusuan susu ibu merupakan satu anugerah semula jadi yang mengandungi hikmah besar dari aspek biologi, kesihatan, sosial dan keagamaan. Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia yang disambut setiap Ogos merupakan wadah untuk mengingatkan masyarakat global tentang kepentingannya. Dalam Islam, penyusuan bukan sekadar satu pilihan kesihatan, ia adalah satu amanah, hak asasi anak dan ibadah yang selari dengan maqasid syariah — objektif utama syariah Islam dalam memelihara kemaslahatan manusia.