Islam, Sains dan Ummah

Kesyumulan yang ada pada Islam sememangnya tiada keraguan lagi. Ia merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia daripada yang sekecil-kecilnya hinggalah kepada yang sebesar-besarnya. Atas sebab kesyumulan inilah maka Islam mampu untuk berdepan dan menyelesaikan sebarang masalah. Kemampuan Islam bukan terhenti setakat itu sahaja, tetapi mampu pula membawa taraf hidup manusia itu jauh lebih baik daripada apa…

Ibadah dan Kesihatan

Semua di antara kita tahu bahawa sembahyang adalah merupakan perkara asas dalam agama Islam. Sembahyang boleh ditakrifkan sebagai, sebahagian daripada doa dan zikir serta amalan-amalan tertentu yang dilakukan oleh seorang hamba di hadapan Allah yang Maha Pencipta untuk menyatakan rasa terima kasih yang tidak terhingga. Oleh kerana hubungan ini lebih merupakan hubungan spiritual, maka para…

Fadhilat Bulan Syaaban

Islam memberikan pelbagai peluang keemasan yang seharusnya diterokai dan diikuti oleh setiap penganutnya. Peluang yang diberikan oleh Islam ialah dengan memberikan pelbagai tawaran dan ganjaran yang akan diperolehi sekiranya mereka berusaha untuk mematuhi ajarannya. Inilah yang mencorakkan keindahan ajaran Islam. Semua ini bertindak sebagai pencetus daya motivasi mereka untuk terus berusaha dan bekerja di samping…

Alaf Baru dan Umat Islam

1. Abstrak Terlalu banyak telah dibicarakan mengenai alaf baru atau the new millennium ini. Esei ini bukanlah bertujuan untuk menambahkan kekeliruan atau memperhangatkan polemik mengenai alaf baru ini. Esei ini sekadar cuba meninjau perkara-perkara berikut: Sejarah dan perkembangan pengiraan takwim solar yang digunapakai hari ini; Tarikh sebenar bermulanya alaf baru; Konotasi sambutan alaf baru; dan Kaitan dan signifikan…

Kod Amalan Untuk Mencegah Dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja – Cerminan Etika Islam?

Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja telah dilancarkan pada 17 Ogos 1999 yang lalu. Sejak itu, berbagai reaksi telah dikemukakan oleh berbagai pihak terhadap kod amalan ini. Kod amalan tersebut telah menggariskan beberapa bentuk perlakuan yang disifatkan sebagai gangguan seksual. Ia membahagikan gangguan seksual kepada dua. Pertama, pengenaan syarat berbentuk…

Aplikasi Teknik Penganalisaan dan Penyelesaian Masalah Dalam Keluarga

Ibu bapa merupakan insan yang semestinya dihormati oleh anak-anak. Peranan mereka adalah amat besar dalam membina keluarga. Pembinaan keluarga ini pula berjalan di atas pelaksanaan tanggungjawab yang ditanggung oleh kedua mereka. Sememangnya peranan dan tanggungjawab para ibubapa amatlah banyak dan berat untuk dipikul dan dilaksanakan. Ini memerlukan kesediaan dari pelbagai aspek seperti ilmu pengetahuan kekeluargaan…

Siapa Bertanggungjawab ke atas Jenayah Rogol dan Mengelakkanya? Lelaki, Perempuan atau Kedua-Duanya?

Kajian tentang jenayah rogol menunjukkan beberapa trend yang membimbangkan. Dari segi bilangan kes, didapati kes rogol bertambah sejak tahun 1990. Bilangan kes yang dilaporkan didapati tinggi di kawasan-kawasan perindustrian utama. Misalnya, bagi tahun 1996, kes rogol banyak berlaku di Selangor (167 kes), Johor (133 kes), Perak (102 kes) dan Wilayah Persekutuan (84 kes). Dari segi…

Pengurusan Bijak Alam Anugerah Tuhan

Di tengah kehangatan dunia memperkatakan tentang ancaman kepada planet bumi, ramai yang lupa atau enggan melihat semula kepada perkara asas dalam pemuliharaan alam sekitar iaitu “pengurusan alam sekitar.” Semenjak Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Alam Sekitar Manusia di Stockholm pada tahun 1972 hinggalah ke Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Alam sekitar dan Pembangunan di Rio De Janerio…

Ibu Tunggal: Semua Pihak Perlu Lebih Bertanggungjawab

Fenomena ibu tunggal bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat kita. Tetapi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ia menjadi satu topik yang mengundang perbincangan bila kita bercakap tentang wanita dan keluarga. Mungkin kerana persatuan ibu tunggal yang kini tumbuh seperti cendawan menyebabkan kesukaran yang dialami oleh golongan ini dapat diketengahkan dengan cara yang lebih berkesan. Tambah…

Agenda Pembinaan Intelektual

Dalam persoalan membina intelektual muda yang bakal menerajui masa depan, semua pihak perlu memainkan peranan, tidak ada pihak yang boleh menyatakan mereka tidak terbabit dalam pembinaan masa depan. Dalam melihat agenda pembinaan intelektual ini, sudah pasti pendidikan adalah salah satu unsur yang penting. Dalam erti kata yang luas, ianya melibatkan ta’lim – proses penyampaian ilmu,…