Pemberian Geran Irpa Wajar Diperluas

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memperluas pemberian geran Skim Program Penyelidikan Mengikut Bidang Keutamaan (Irpa) membabitkan sekolah bagi menambah kecenderungan pelajar menceburi bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata Irpa perlu diagih ke sekolah sejajar usaha menyuntik penguasaan ilmu sains dan penyelidikan. Beliau berkata, kerajaan…

Lima Belas Tahun Bersama IKIM

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) — Pejam celik pejam celik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), genap 15 tahun pada 18 Februari ini. Jika ditelusuri tempoh itu, ternyata ia telah berjaya mengisi satu vakum dakwah dan penyelidikan agama di negara ini melalui pelbagai program yang dianjurkan. Pengerusinya, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid, tidak putus-putus memikirkan…

Wawancara Dengan Ketua Pengarah IKIM, Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) — Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), yang ditubuhkan pada 18 Februari 1992 adalah sebuah institusi pemikir yang berfungsi untuk meningkatkan kefahaman Islam di kalangan umat Islam dan bukan Islam. Selaku Ketua Pengarah IKIM yang ketiga, Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas meneruskan usaha untuk melonjakkan lagi integriti dan kredibiliti IKIM termasuk…

Pemantapan Modal Insan Bangsa Mesti Berteraskan Akidah Islam

PEMBANGUNAN modal insan Melayu perlu diteraskan kepada akidah Islam supaya negara mencapai pembangunan yang seimbang dan kekal dalam tamadun dunia. Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Tan Sri Ahmad Sarji, berkata hanya dengan cara itu Melayu boleh mencapai alfalah (kejayaan) serta bersaing dengan bangsa dan negara maju lain. “Pendidikan memang asas utama dalam pembentukan modal…

BPR Sita RM25 Juta Harta Rasuah

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) — Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyita sejumlah RM25 juta serta melucut hak harta bernilai RM206,000 yang diperoleh secara rasuah tahun lepas, hasil daripada tindakan tegasnya membanteras gejala rasuah di negara ini. Timbalan Ketua Pengarah BPR Datuk Zakaria Jaffar berkata tindakan itu dibuat menerusi penguatkuasaan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA)…

IKIM Hadir Mesyuarat Kumpulan Kerja Dialog Antara Agama Di Budapest

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) — Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan mewakili Malaysia pada mesyuarat awal kumpulan kerja Dialog Antara Agama Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) yang akan diadakan Isnin dan Selasa di Budapest, Hungary. Ketua Pengarah IKIM Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas berkata delegasi Malaysia yang diketuai beliau akan menghadiri mesyuarat itu yang akan diadakan…

Narrow Views Affecting Unity

NARROW viewpoints affect unity, confuse the public and bring about the perception that Malays are not fair, Institute of Islamic Understanding Malaysia (Ikim) director-general Dr Syed Ali Tawfik al-Attas told Berita Minggu. Dr Syed Ali said the action of certain Muslims who make narrow-minded statements or enforce rules that were not taught by religion was…

Ralat – Temuramah Dengan Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas, Ketua Pengarah Ikim Pada 10 Disember 2006

Untuk makluman para pembaca, terdapat satu kesilapan di dalam temuramah dengan Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas, Ketua Pengarah IKIM di dalam akhbar Berita Minggu pada 10 Disember 2006 mengatakan “dalam Al-Quran, firman Allah yang bermaksud :Mustahil ada amalan tanpa niat. Pembetulan ini telah dimaklumkan oleh Ketua Pengarah IKIM sendiri, bahawasanya  ini bukan satu rujukan daripada…

Tafsiran sempit jejas perpaduan – Masyarakat jadi keliru, anggap Melayu tak adil

KUALA LUMPUR: Bolehkah seorang pelajar Islam duduk semeja bersama rakan bukan Islam yang membawa makanan tidak halal ke sekolah? Bolehkah seorang Muslim mengucapkan Selamat Deepavali kepada penganut Hindu?  “Ya…kenapa tidak,” kata Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr Syed Ali Tawfik al-Attas. Beliau menegaskan tindakan segelintir umat Islam mengeluarkan kenyataan sempit atau menguatkuasakan peraturan…