Pupuk Nilai Hidup Murni

Umat Islam telah memasuki tahun 1423 hijrah. Adalah menjadi tradisi di negara kita kemunculan tahun baru disambut meriah, dipenuhi dengan pelbagai acara. Sambutan Awal Muharram, atau Maal Hijrah diadakan di peringkat kebangsaan dan negeri. Individu tertentu dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah. Tidak lama lagi umat Islam akan memperingati peristiwa Maulidur Rasul iaitu pada 12 Rabiul…

Umat Islam Seumpama Satu Jasad

Banyak perkara yang boleh dipelajari daripada peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. Dari aspek sejarah, semasa baginda berada di Mekah memperlihatkan perjuangan baginda untuk merubah sistem yang ada tidak diterima dengan mudah oleh keluarga dan bangsanya. Baginda berhadapan dengan pelbagai halangan dan tentangan. Begitu juga terhadap pengikut-pengikut baginda yang masih tidak ramai. Ada yang diseksa dan terpaksa…

SYARIAH DAN WANITA ISLAM

Sebelum kedatangan Islam telah lahir bangsa-bangsa lain yang termasyhur seperti bangsa Yunan, Rom, Hindu, Yahudi, Nasrani dan Arab. Menurut undang¬undang yang berlaku pada bangsa Yunan, perempuan diperlakukan seperti barang dagangan. Dijualbeli di pasar-pasar. Hak kebebasan dan martabat mereka dinafikan. Mereka tidak mempunyai hak dalam perwarisan. Perempuan dipaksa berkahwin dengan orang yang ditentukan. Dalam menentukan perkahwinan hak bertindak terletak sepenuhnya pada lelaki. Perempuan tidak diberi hak menuntut penceraian, kecuali didalam keadaan yang amat istimewa. Perempuan tidak diberi kebebasan untuk membuat pengaduan ke muka pengadilan mengenai rnasalah rumahtangga.

ULAMA DENGAN KEMAJUAN SAINS & TEKNOLOGI

Masyarakat Islam memerlukan ulama yang berwibawa untuk dapat bersama memberi sumbangan dalam arus kemajuan sains dan teknologi yang berkembang pesat. Bidang sains bukan bidang yang terasing dan baru bagi masyarakat Islam. Bidang ini telah berkembang maju sejak pertengahan abad ke delapan. Khalifah al¬Mansur telah menghimpun tokoh-tokoh sains di Baghdad yang terdiri dari ahli perubatan dan astronomi. Perkembangan ilmu dalam bidang ini ketika itu diambil dari India, Parsi dan Greek….

Malaysia Perlu Bank Pembangunan Wakaf

Islam membuka ruang yang luas bagi umat manusia melakukan perkara kebajikan. Di antara cara melakukannya adalah melalui wakaf. Bagi sesetengah golongan masyarakat mereka tidak memahami konsep wakaf. Faham tentang sesuatu tidak semestinya merangsang seseorang itu melakukannya, terutama apabila .menyentuh kekayaan harta benda. Masyarakat Islam masih dianggap mempunyai imej yang negatif dalam pembangunan dan pengurusan harta benda. Bahkan doktrin perniagaan Islam masih belum diperkembangkan secukupnya dalam menghadapi cabaran pembangunan fizikal. Dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia, peluang telah diberi sehingga lahir ahli-ahli korporat yang berjaya. Sama ada kejayaan mereka itu membawa bersama ketelusan sistem perniagaan Islam masih perlu kepada perhatian…

PENYEBARAN DAN DOKUMENTASI HADIS

Di kalangan Masyarakat Arab telah lahir golongan celek bahasa. Terdapat di kalangan mereka penulis-penulis yang terdiri daripada penyaer-penyaer yang berwibawa. Apabila Islam tersebar terdapat dikalangan mereka yang telah memeluk agama Islam. Baginda Rasulullah s.a.w. sendiri telah mengambil berat dalam bidang ini. Baginda telah membenarkan tahanan-tahanan perang Badar
supaya setiap seorang mengajar
sepuluh kanak-kanak Islam sebelum mereka dapat dibebaskan.