Menghadapi Kesan Penggandaan Kenaikan Kos Sara Hidup

2014 merupakan tahun yang mencabar bagi sebahagian besar rakyat Malaysia. Permulaan tahun dilalui dengan suram oleh sebahagian besar masyarakat akibat kesan kenaikan kos sara hidup yang dilihat begitu membebankan dan berganda-ganda. Ibarat sudah jatuh ditimpa pula tangga. Bukanlah kenaikan keperluan asas yang dikatakan sebagai tidak membebankan itu sahaja yang menjadi rungutan. Namun sebenarnya masyarakat begitu…

Mencapai Matlamat Masyarakat Maju

Kos sara hidup yang tinggi adalah ‘bayaran’ yang mahal kepada pembangunan sesebuah negara yang tidak seimbang. Ketidakseimbangan dalam pembangunan berlaku apabila kemajuan sesebuah negara yang direncana hanya memberi manfaat kepada segelintir ahli masyarakat yang berkepentingan. Manakala masyarakat lain selebihnya terpaksa hidup dalam satu sistem yang menyokong segelintir masyarakat yang berkepentigan ini. Pembangunan yang tidak seimbang…

Keluarga Teras Kekukuhan Ekonomi Negara

Genap seminggu Bajet 2014 dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia di Parlimen. Antara lain bajet kali ini menyentuh perihal rasionalisasi subsidi yang sememangnya menjadi perhatian segenap masyarakat begitu juga isu pengenalan kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Keterangkuman isu-isu yang menjadi perhatian sememangnya banyak menumpu kepada aspek mengukuhkan ketahanan ekonomi negara lantaran keadaan ekonomi global yang…

Syukur Tanda Keamanan di Aidilfitri

Hari raya adalah hari untuk mensyukuri nikmat kemenangan, nikmat berkeluarga, nikmat keamanan dan nikmat berkasih sayang. Justeru takbir dan tahmid dialunkan tanda membesarkan Allah akan segala-gala yang dinikmati. Umat Islam tidak mengira usia, pangkat dan harta saling mengucap selamat, berziarah dan tersenyum gembira. Sesungguhnya umat Islam di Malaysia amat beruntung kerana berpeluang meraikan hari yang…

Ukuran Nilai Kebahagiaan Sesebuah Negara

Institusi kekeluargaan merupakan isu penting terutama dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan berciri ketimuran. Di peringkat masyarakat dan undang-undang negara tidak mengiktiraf hubungan individu berlainan jantina yang hidup bersama tanpa melalui perkahwinan. Ini termasuklah perkara-perkara seperti hak dan tanggungjawab terutama sekali apabila timbul insiden kelahiran dan kematian. Pengiktirafan kepada institusi perkahwinan tidak hanya…

Usah Mudah ‘Menderhakakan’ Anak

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, serta (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah (yang diserahkan kepada) kamu, sedangkan kamu mengetahui dosanya. Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu hanya menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar” (Surah al-Anfal: 27-28). Anak adalah amanah dan ujian kepada manusia.…

Harapan Memiliki Sebuah Rumah Menjelang Pembentangan Bajet 2013

Walaupun masih berada dalam kemeriahan lebaran dan persiapan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara, sebahagian besar masyarakat masih memberi tumpuan kepada perbahasan mengenai pelan bajet 2013. Perdana Menteri sendiri telah memberi jaminan antara lain untuk menimbang permasalahan kos sara hidup dalam rancangan bajet 2013 yang akan diumumkan kelak. Walaupun ekonomi negara diunjur tumbuh sekitar 5.4 peratus…