Didikan Benteng Diri Terhadap Pornografi

Baru-baru ini kita sekali lagi melihat kesungguhan pihak berkuasa dalam membanteras pengedaran cakera padat video (VCD) lucah. Persoalannya, mampukah usaha ini menjadi titik penamat kepada masalah pornografi dalam masyarakat kita? Usaha kerajaan untuk membanteras VCD lucah ini memang disokong dan dialu-alukan. Namun, kita perlu ingat bahawa walaupun kita berjaya menghapuskannya, tetapi bahan-bahan pornografi ini masih…

Berkongsi Masalah Wanita

`Berilmu, Bersuara, Bertindak’ begitulah tema sambutan Hari Wanita Sedunia Kebangsaan yang telah diadakan pada 8 Mac lalu di Kuching, Sarawak. Tema ini menunjukkan bahawa berilmu sahaja tidak memadai, sebaliknya, wanita perlu menggunakan ilmu yang mereka ada dengan bersuara dan bertindak agar mereka mendapat hak-hak yang telah ditetapkan. Banyak lagi ilmu yang perlu dicari melalui pembacaan…

Peranan Majikan Bina Keluarga Sejahtera

Dalam ayat 21, surah ar-Rum, menunjukkan bahawa perkahwinan memberikan ketenangan hati dan emosi kepada suami-isteri yang merupakan asas kepada kesejahteraan hidup mereka keseluruhannya. Dengan ketenangan hati dan emosi itu mereka dapat melaksanakan segala peranan yang lain dengan lebih baik, berkesan dan produktif. Peranan-peranan yang dimaksudkan itu ialah peranan mereka sebagai individu, ahli keluarga, pekerja dan…

Bekerja Tetapi Mampu Menyelamat Keluarga

Kesejahteraan anak-anak adalah di dalam tangan kedua-dua ibu bapa mereka. Ibu bapa yang diberi amanah untuk menjaga anak-anak tersebut sudah pasti tidak dapat lari daripada tanggungjawab ini dan tidak boleh dengan semudah itu menyalahkan orang lain jika anak-anak mereka `tidak menjadi’. Oleh itu, ibu bapa perlu serius dalam menjalankan tanggungjawab keibubapaan. Namun, oleh kerana Datin…

Usaha Mencari Bapa Misali

Keibubapaan sering didengar. Daripada namanya, ia menggambarkan kerjasama ibu dan bapa dalam menguruskan anak-anak mereka. Tetapi jika ditinjau di majlis-majlis ilmu tentang keibubapaan, 95 peratus yang hadir adalah golongan ibu. Mana pergi golongan bapa? Mungkin ada yang salah anggap tentang konsep keibubapaan ini. Mungkin mereka menganggap salah seorang menjadi wakil telah memadai. Akibatnya, golongan bapa…

Kurangnya Sifat Kedermawan

Berasal dari perkataan Greek philos yang bermaksud love atau cinta atau sayang dan anthropos yang bermaksud man atau manusia, philanthropy bermaksud for the love of mankind atau demi rasa cinta atau sayang sesama manusia. Akibat daripada rasa sayang inilah, kita terdorong untuk menghulurkan bantuan, baik dalam bentuk material mahupun bukan material, kepada mereka yang memerlukan…

Bajet 2003 Mesra Keluarga

Banyak sekali cadangan yang dibuat dalam Bajet 2003 yang mendatangkan manfaat kepada keluarga. Yang paling ketara, kakitangan awam lelaki yang isterinya bersalin, akan diberi cuti sehingga tujuh hari bagi membantu meringankan urusan keluarga. Bagi para pengkaji keluarga yang sedang memikirkan cara bagaimana meningkatkan peranan kebapaan dalam rumah tangga, ini adalah satu hadiah yang amat besar…

Menanam Minat Terhadap Sains

Kini ramai yang memperkatakan tentang pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang akan bermula tahun hadapan. Ramai yang bimbang dasar ini akan menyebabkan anak-anak mereka tidak dapat menguasai kedua-dua subjek tersebut hanya kerana anak-anak mereka tidak menguasai bahasa Inggeris. Sebenarnya, kejayaan atau kegagalan pelajar menguasai sesuatu subjek bukan hanya terletak pada kemahiran mereka…