Pemimpin dan Rakyat bagi Negara Terbaik

Dalam karya besarnya, Al-Madinah al-Fadilah, yang merupakan sumbangan amat bernilai dalam bidang siasah, al-Farabi (m.d. 339H./950M.) antara lain menjelaskan ciri-ciri penting negara yang terbaik, iaitu peranan pemimpin yang dilaksanakan dengan sempurna dan cemerlang, akhlak serta nilai yang menjadi pegangan rakyat selain struktur pentadbiran yang utuh. Amat menarik jika diteliti pandangan yang diutarakan oleh tokoh kelahiran…

Kesungguhan Mencapai Matlamat Ibadah Puasa

Ramadan kini berada dalam bahagiannya yang terakhir dan hampir sampai ke penghujungnya. Bagi mereka yang melaksanakan ibadah puasa dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan demi mengharapkan keredaan Allah s.w.t., pastilah saat-saat akhir ini menjadikan mereka lebih bersemangat menggandakan amal salih dan kebajikan. Semuanya dengan tujuan bagi mencapai matlamat ibadah puasa disyari`atkan, iaitu bagi mencapai tahap muttaqin…

Pemimpin Harus Miliki Hikmah bagi Mengurus Pemerintahan dengan Cemerlang

Hikmah atau kebijaksanaan merupakan kurniaan terbesar Allah s.w.t. kepada manusia. Ini sebagaimana dijelaskan dalam firman-Nya bahawa sesiapa yang dikurniai hikmah maka ia pada hakikatnya dikurniai kebaikan yang banyak. Selain itu, al-Qur’an juga menceritakan kisah Luqman ibn Ba`ura (Luqman al-Hakim), hamba Allah yang dikurniai hikmah dan bagaimana hikmah dimanfaatkan oleh Luqman dalam kehidupannya dan ia terserlah…

Pemimpin Harus Belajar daripada Sejarah

Salah satu perkara penting yang menjayakan serta meneguhkan kepemimpinan termasuklah wawasan yang terancang. Dalam hubungan ini, wawasan terhadap masa hadapan tidak boleh sama sekali dipisahkan daripada apa yang telah berlaku dalam sejarah dan juga apa yang sedang berlaku kini. Bagi umat Islam, masa hadapan yang dimaksudkan bukan sahaja membabitkan kehidupan di dunia, bahkan juga selepasnya,…

Kecenderungan Pemimpin Jadi Ikutan Rakyat

Pada penghujung kisah pengembaraannya, Ibn Battutah (1304-1369/70M.), menceritakan rasa kagumnya akan Sultan Abu `Inan yang sedang memerintah ketika beliau kembali ke tanah kelahirannya itu sekitar tahun 1354M., khususnya minat mendalam yang ditunjukkan baginda terhadap ilmu pengetahuan. Menurut pengembara kelahiran Tanjah itu, Sultan Abu `Inan sering mengadakan majlis-majlis ilmu pada setiap hari, iaitu selepas Solat Subuh.…

Ukuran Kejayaan Sebuah Kepemimpinan

Salah satu ciri yang menjadi asas kejayaan sesebuah kepemimpinan ialah kegigihan mencapai matlamat atau natijah perjuangan. Inilah misalnya yang ditunjukkan oleh Khalifah `Umar ibn al-Khattab r.a. yang berjaya memimpin negara Madinah berasaskan matlamat yang suci, sebagaimana yang jelas dalam ucapannya, “Perumpamaan bangsa Arab adalah seperti unta yang kesakitan hidung. Ia akan mengikut arahan gembalanya. Oleh…

Niat : Paksi Segala Amalan

Sebagai roh, begitulah kedudukan niat dalam sesuatu amalan atau tindakan seseorang. Inilah yang dinyatakan oleh Imam Abu Ishaq al-Shatibi r.h. (m.d. 790H./1388M.), salah seorang fuqaha’ agung mazhab Maliki dalam kitabnya, Al-Muwafaqat. Disebabkan kepentingannya itu, maka niat menjadi syarat bagi penerimaan sesuatu amalan atau ibadah yang dilaksanakan oleh seseorang hamba. Ini sebagaimana dapat dilihat dalam firman…

Hidupkan Semula Jiwa Korban

Zulhijjah, bulan yang sarat dengan pelbagai peristiwa penting seperti ibadah haji dan hari raya korban, iaitu perayaan terbesar dalam agama Islam yang akan berlalu, dan bakal disusuli Muharram yang akan membuka lembaran baharu bagi kehidupan umat Islam di seluruh dunia. Bagi menghadapi masa hadapan dengan segala cabarannya yang getir, setiap individu Muslim perlu memiliki persediaan…

Pemeliharaan Hak Asasi Manusia Dijamin Undang-Undang Islam

Khutbah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam haji terakhir Baginda (Hajjatul Wada`) pada tahun 10H. di hadapan lebih kurang sejuta umat Islam sering kali dirujuk sebagai khutbah paling bermakna dan terpenting. Ia cukup penting kerana disampaikan pada penutup risalah Baginda dan sarat berisi wasiat berhubung dengan hubungan manusia dengan Tuhan Maha Pencipta dan hubungannya…