Asas Undang-undang Kontrak

Adalah penting pengguna mengetahui hak-haknya sebagai pengguna. Dengan mengetahui undang-undang yang melindungi haknya , sedikit sebanyak pengguna tidak akan menjadi mangsa peniaga yang mengaut keuntungan. Siapakah yang dikategorikan sebagai pengguna? Pengguna adalah seseorang yang memasuki kontrak dengan orang lain di mana dia sendiri bukan di dalam perniagaan, dan pihak yang lain membuat kontrak di dalam…

Bencana Alam: Bala Atau Hikmah?

Sejak akhir- akhir ini, bencana alam sering berlaku di dunia ini termasuk yang menimpa di negara kita Malaysia. Bencana alam merupakan sebahagian daripada sunnah alam atau sunnah Allah yang menciptakannya. Ia dijadikan sebagai pengimbang kepada kehidupan dan kemusnahan. Hakikat ini diiyakan oleh teori kehidupan dan kemusnahan. Jika dilihat dari segi luarannya, ramai yang beranggapan tragedi…

Menghayati Kemerdekaan Yang Dikecapi

Tarikh 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai satu tarikh yang penuh bersejarah bagi seluruh rakyatMalaysiatidak mengira usia, keturunan, bangsa dan agama. Sesiapa sahaja yang merupakan rakyatMalaysiaakan berasa bangga apabila tiba sahaja hari terakhir di dalam bulan Ogos ini. Jika dahulu sambutan mungkin dijalankan hanya pada tarikh 31 Ogos ini, tetapi kini sambutannya adalah selama sebulan.…

Setitis Susu Ibu : Anugerah Tidak Ternilai

Rumah tangga yang dilimpahi cahaya menandakan bermulanya detik indah kelahiran bayi bagi setiap pasangan suami isteri. Menyusui bayi dengan susu ibu merupakan satu titik permulaan yang paling baik kerana segunung kebaikan dan ganjaran yang menanti bayi dan juga ibu. Susu ibu amat penting bagi menjamin perkembangan dan tumbesaran bayi yang sihat. Agungnya kuasa Allah kerana…

Pengguna Prihatin Matlamat Semua

Kita semua adalah pengguna. Jadi wajarlah setiap orang di Malaysia memperlengkapkan diri mereka dengan asas-asas kepenggunaan. Kemajuan� dan kepesatan ekonomi negara sekarang menyebabkan banyak aktiviti ekonomi dan perniagaan dijalankan. Akibatnya, masyarakat Malaysia menjadi suka berbelanja namun kesedaran kepenggunaan masih kurang.  Pendidikan kepenggunaan dianggap penting dan mesti ditanamkan seawal yang mungkin.Ianya elok dimulakan seawal sekolah rendah lagi…

Kepentingan Perancangan Kewangan

Masyarakat yang merdeka memiliki kebebasan kewangan. Bebas membuat pilihan dan keputusan dengan kemahiran kewangan serta tidak terikat dengan kongkongan hutang, keterbatasan kuasa beli, kelegaan dari liabiliti jangka panjang dan beban psikologi krisis kewangan. Fenomena terkini yang amat ketara ialah skim pembelian secara ansuran mudah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Perkara ini timbul kerana wujudnya permintaan…

Bersama Tangani Salah Laku Remaja dan Kanak-Kanak

Penglibatan dalam jenayah oleh golongan remaja dan kanak-kanak merupakan isu yang sentiasa sahaja mengundang perbincangan hangat. Jenayah atau kesalahan yang melibatkan golongan ini sebagaimana yang dinyatakan dalam laporan Perangkaan Penglibatan Juvana dalam Jenayah 2003, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, merangkumi jenayah kekerasan seperti bunuh, cubaan membunuh, samun bersenjata api dan tanpa bersenjata api, rogol serta…

Pendidikan Islam Asas Pembentukan Akhlak Mulia Remaja

Kepentingan ilmu dalam kehidupan adalah suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan, lebih-lebih lagi dalam usaha untuk menjadikan masyarakat kita masyarakat yang berilmu dan berinformasi. Bagi orang Islam, terutamanya para remaja yang bakal mengisi kepimpinan negara masa depan, jenis ilmu yang wajar dipelajari adalah yang mampu membentuk satu pandangan hidup yang sempurna, progresif dan dinamik. Maka…

Buli Tidak Selaras Dengan Pendekatan Islam Hadhari

Pada Mac 2004, negara kita dikejutkan dengan berita seorang pelajar sekolah agama yang ditemui mati di dalam tandas akibat dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior. Terbaru, peristiwa yang sama berulang. Walaupun kali ini tidak melibatkan kehilangan nyawa, tetapi mangsa dikhuatiri mengalami kemungkinan lumpuh akibat dibelasah, dihentak ke almari dipijak belakang dengan but kadet polis oleh sekumpulan…

Hijrah dan Penghayatan

Peristiwa hijrah Rasullullah s.a.w. dengan sahabat-sahabatnya dari kota Mekah ke kota Madinah merupakan peristiwa yang sangat penting kepada umat Islam seluruh dunia, dan peristiwa ini sering diperingati pada setiap tahun. Selama 13 tahun Rasullulah menjalankan usaha dakwahnya di Mekah, menyeru kaum kafir Quraish supaya beriman dengannya, namun usaha ini hanya diterima oleh segelintir kecil sahaja…