Wakaf Bertempoh Wajar Diketengahkan
Wakaf merupakan salah satu instrumen ekonomi Islam yang telah lama digunakan untuk membantu menangani masalah ekonomi dan sosial dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, dalam konteks ekonomi semasa yang dinamik dan mencabar, terdapat keperluan untuk memperkukuhkan dan memberi nafas baharu kepada konsep wakaf agar ia dapat berfungsi dengan lebih berkesan.