Aidiladha Tuntut Semua Umat Bersatu, Muafakat

SAMBUTAN Aidiladha menandakan sempurnanya Rukun Islam yang kelima bagi umat Islam yang cukup syarat dan berkuasa atau berkemampuan untuk mengerjakannya, iaitu ibadat haji. Menurut pendapat jumhur, ulama ibadat haji mula difardukan pada tahun ke-6 hijrah melalui firman Allah bermaksud: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.…

Bencana Jadikan Manusia Lebih Tabah Hadapi Ujian

“DEMI sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar. “Orang yang apabila mereka ditimpa kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali. “Mereka itulah orang yang dilimpahi kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya…

Islam Tuntut Umat Usahakan Pertanian Hingga Akhir Zaman

KEPENTINGAN bidang pertanian pada pandangan Islam dapat dilihat daripada banyaknya ayat al-Quran yang menyebutkan mengenai hasil tanaman dan buah- buahan yang pelbagai.  Kegiatan pertanian dari aspek akidah dapat mendekatkan diri seseorang kepada Allah. Hal ini kerana tanda kebesaran Allah dapat dilihat dengan jelas dalam proses kejadian tumbuh-tumbuhan atau tanaman.  Melakukan usaha pertanian lebih membuatkan seseorang…

Perbezaan Pengiraan Takwim Islam, Kristian

PERKEMBANGAN takwim banyak berhubung kait dengan faktor keagamaan dan sains. Dalam hal ini, ada dua cara pengiraan takwim, iaitu dengan menggunakan matahari (syamsiah atau solar) dan bulan (qamariah atau lunar). Berkenaan penetapan takwim, Allah berfirman yang membawa maksud: “Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu…

Pengesahan Halal Beri Kelebihan Peringkat Global

PADA Ogos lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkan Standard Halal Malaysia MS1500:2004. Piawaian itu mengandungi garis panduan praktikal bagi industri makanan terutama berkaitan penyediaan dan pengendalian makanan halal.  Pengenalan MS1500:2004 dilihat sebagai pelengkap kepada sijil dan logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana ia mengambil kira unsur pematuhan…

Menghormati Tetamu Termasuk Tuntutan Iman

SESUATU yang menarik dan tidak putus-putus diperkatakan mengenai tradisi menyambut Syawal adalah kunjung-mengunjungi antara sesama saudara, sahabat handai, kaum dan bangsa. Demikian juga amalan mengadakan rumah terbuka yang bukan saja membabitkan sesebuah keluarga, malah kini dianjurkan pelbagai organisasi dan institusi.  Tradisi ini pula tidaklah menyalahi hukum dan adat, malah amat digalakkan kerana ia membawa banyak…

Arafat Ditindas Hingga Nafas Akhir

DILEMA yang menyelubungi kepemimpinan Presiden Yasser Arafat berakhir dengan pengumuman secara rasmi kematiannya pada 11 November lalu. Berita kematian pemimpin yang mengetuai perjuangan rakyat Palestin menentang Israel sejak 40 tahun di sebuah hospital tentera Perancis di Percy dekat Paris, jauh dari tanah tumpah darahnya di Semenanjung Gaza, mengejutkan seluruh dunia, terutama umat Islam.  Ramai menjangka…

Usah Biar Aidilfitri Jadi Perayaan Adat, Bukan Ibadat

MASYARAKAT Islam di Malaysia hendaklah sentiasa mensyukuri segala nikmat kurniaan Allah. Kita juga perlu menginsafi penderitaan golongan kurang bernasib baik bukan saja di negara ini, bahkan saudara seagama di seluruh dunia yang hidup melarat, ditindas dan dizalimi oleh musuh Islam. Oleh itu, dalam menghadapi suasana Aidilfitri, jangan sekali-kali lupa dan lalai dengan kewajipan terhadap mereka…