Ikhlas, Faham Konsep Ilmu Percepat Umat Kuasai S&T

SECARA sedar atau tidak, umat Islam masih jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang. Bidang sains dan teknologi (S&T) pertahanan dikuasai oleh negara Barat. Negara Islam tidak mampu menandingi ciptaan mereka. Peralatan pertahanan kebanyakannya datang dari negara ini. Malah, teknologi yang dibeli dari Barat adalah yang kebanyakannya tidak dikehendaki lagi oleh negara itu dan hanya sesuai untuk…

Nabi Muhammad Diplomat Paling Unggul

SEJARAH hidup junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang sebenar-benarnya adalah contoh kepada seluruh umat manusia. Ini jelas menerusi firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat sekalian alam”. (Surah Al-Anbiya’ ayat 107). Rasulullah memberikan contoh dalam segenap aspek kehidupan. Baginda adalah contoh paling hebat sebagai pemimpin negara, hakim,…

Muafakat Bantu Kejayaan Organisasi

ISLAM diutus Allah SWT untuk menyusun kehidupan manusia pada peringkat individu dan masyarakat bagi mencapai kemakmuran dan kecemerlangan hidup di dunia dan seterusnya di akhirat. Tumpuan kepada usaha mendidik individu dan menyusun masyarakat pada peringkat awal bertujuan melahirkan insan berguna dan mengatur sistem hidup masyarakat supaya dapat berfungsi dengan baik dan sekali gus mengurangkan segala…

Diat Pelihara Hak Waris Mangsa Bunuh

TAHUN 2003 menyaksikan banyak jenayah yang membabitkan nyawa manusia. Pembunuhan yang dilakukan, sekali pun tidak disengajakan seperti kemalangan maut disebabkan kecuaian adalah kerugian yang tidak dapat ditaksir dengan wang ringgit atau kebendaan. Kemalangan maut meragut 14 nyawa selepas bercuti Aidilfitri tahun lalu menyebabkan berbelas keluarga kehilangan orang tersayang dan aset kepada keluarga. Seorang suami atau…

Wanita Memerlukan Sokongan Lelaki untuk Berfungsi

APABILA memperkata wanita dan Islam, kita maklum bahawa wanita Islam amat bertuah kerana mereka diberikan pelbagai hak oleh Islam. Wanita Islam ada hak untuk beragama, berekonomi, mendapat pendidikan, sosial dan sebagainya. Islam bukan saja mengeluarkan wanita daripada penindasan yang mereka alami, malah memberikan mereka hak yang sebelum ini tidak dimiliki. Seiring dengan hak yang diberi…

Status Quo Positif Permudah Dakwah Nabi

TARIKH 31 Oktober 2003 terpahat dalam lipatan sejarah negara. Selepas memimpin negara selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan teraju kepimpinan kepada penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Peralihan kepimpinan ini, yang disaksikan bukan saja rakyat negara ini, malah warga dunia adalah satu proses yang begitu licin dan teratur. Peralihan kuasa dilihat sebagai suatu…

Perubahan Perlukan Strategi, Sikap Positif

PERUBAHAN memerlukan perancangan yang sistematik dan berhati-hati kerana apa juga bentuk perubahan yang ingin dilakukan, persediaan awal perlu diberi keutamaan. Niat untuk berubah daripada satu keadaan atau sikap yang mundur, ketinggalan, kegagalan, kepada satu keadaan dan sikap yang lebih baik serta cemerlang ialah satu keinginan yang murni. Inilah keinginan yang perlu ada dalam diri setiap…

Utamakan Kuasai Ilmu, Bukan Selisih Pendapat

KEINTELEKTUALAN adalah anugerah istimewa Ilahi kepada manusia yang menjadikan kita jenis makhluk pemikir. Anugerah ini dilengkapkan pula dengan anugerah besar wahyu samawi. Maka wujudlah paduan harmonis antara akal dengan fenomena alam. Iman al-Ghazali mentakrif intelek sebagai “sesuatu yang tidak kelihatan, tidak terasa dan tidak berbau, tetapi ia pengaruh yang dipatuhi oleh seluruh anggota tubuh dan…

Rasional, Amanah Prasyarat Utama Laksana Keadilan

DALAM kehidupan bermasyarakat hari ini, kita berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan, terutama terhadap hubungan dan perpaduan ummah. Antara cabarannya ialah pertelingkahan, perbalahan dan pertikaian yang timbul disebabkan pelbagai faktor. Kita mungkin bertelingkah disebabkan berbeza pendapat terhadap sesuatu isu atau berbalah kerana hak dan kepentingan kita dicabar. Amat baik dan bijak sekiranya perbalahan dan pertikaian…