Mengangkat kedudukan wanita di institusi Islam
Islam meletakkan kedudukan wanita seiring dengan lelaki dalam banyak perkara. Lazimnya, banyak ayat-ayat al-Quran menyebut lelaki dan wanita dalam satu-satu ayat mencerminkan bahawa Islam tidak mendiskriminasi golongan hawa. Bahkan kejadian lelaki dan wanita tidak ada perbezaan kecuali taqwa. Firman Allah SWT: “Hai manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan…