Hentikan Mentaliti Perempuan Melayan Lelaki

Teknik `Cakaran Harimau’ yang dicadangkan oleh seorang penceramah baru-baru ini mendapat liputan muka depan akhbar ini. Teknik urutan ini dikatakan boleh menambat hati suami. Keesokan harinya, dilaporkan pula bahawa ramai wanita menghubungi penceramah itu untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang tip tersebut. Berita ini juga diterima dengan amat baik oleh lelaki. Ini terpancar dari…

Menunaikan Janji Satu Kewajipan

Barisan Nasional (BN) menang besar dalam pilihan raya umum ke-11 pada 21 Mac lalu. Namun, kejayaan-kejayaan ini bukanlah penghujungnya. Sebaliknya, ia adalah permulaan kepada pentadbiran negara bagi lima tahun yang berikutnya. Mencapai kejayaan yang besar adalah satu perkara. Mengisi kejayaan tersebut adalah satu perkara lain yang memerlukan perhatian dan komitmen yang lebih besar lagi. Jika…

Wanita Memerlukan Sokongan Lelaki untuk Berfungsi

APABILA memperkata wanita dan Islam, kita maklum bahawa wanita Islam amat bertuah kerana mereka diberikan pelbagai hak oleh Islam. Wanita Islam ada hak untuk beragama, berekonomi, mendapat pendidikan, sosial dan sebagainya. Islam bukan saja mengeluarkan wanita daripada penindasan yang mereka alami, malah memberikan mereka hak yang sebelum ini tidak dimiliki. Seiring dengan hak yang diberi…

Langkah Mengukuh Daya Kanak-kanak

Harapkan pagar, pagar makan padi – itulah peribahasa Melayu bagi menggambarkan kekecewaan mereka terhadap orang yang bukan sahaja gagal melaksanakan amanah yang diberikan kepada mereka, malah mereka pula yang mensia-siakan amanah tersebut. Inilah yang berlaku kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa rogol, sumbang mahram dan jenayah seksual yang lain. Kanak-kanak merupakan amanah kepada masyarakat dan menjadi…

Umat Islam Mesti Perjuangkan Keadilan Sosial

`Islam amat menekankan kepada keadilan. Sebagai umat Islam, kita dituntut supaya berlaku adil dalam semua perkara. Ini jelas dalam ayat 29, Surah al-A’raaf yang bermaksud: Katakanlah: “Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan…

Bioteknologi Masih Kurang Difahami

Bioteknologi menggabungkan dua perkataan, bio dan teknologi. Bio bermaksud kehidupan atau benda hidup. Jadi, secara mudah, bioteknologi adalah apa-apa teknologi yang menggunakan organisme hidup seperti tumbuhan, haiwan atau mikrob. Melihat kepada manfaat-manfaatnya, bioteknologi akan menjadi satu bidang kajian yang utama. Pelbagai produk bioteknologi akan dihasilkan dan memasuki pasaran. Soalnya, apakah produk-produk ini akan diterima oleh…

Mengurus Kejayaan Wanita

Sejak beberapa dekad yang lalu, kerajaan Malaysia telah berusaha untuk mengintegrasikan wanita dalam arus pembangunan negara. Dengan pengisytiharan Dekad Wanita, Majlis Penasihat Negara Mengenai Integrasi Wanita Dalam Pembangunan (NACIWID) telah pun ditubuhkan yang bertujuan untuk menasihati kerajaan tentang hal-hal yang berkaitan dengan wanita dalam pembangunan. Kemudian, Urus Setia Hal Ehwal Wanita telah ditubuhkan di Jabatan…

Promosikan Perkahwinan Berdaya Tahan

Setiap tahun 150,000 pasangan muda mendirikan rumah tangga. Namun, statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menunjukkan dari tahun 1990 hingga 2001, terdapat sebanyak 144,137 kes perceraian yang dilaporkan. Ini bermakna, secara purata terdapat lebih kurang 12 ribu perceraian setahun. Apa yang harus diingat, statistik ini merujuk kepada pasangan Islam sahaja. Khabarnya, perceraian di kalangan masyarakat…