Ilmu Tunggak Kemajuan Pemikiran Generasi Muda

Sememangnya tiada sesiapa pun yang akan menyangkal anggapan dan kepercayaan bahawa aspek pendidikan merupakan syarat utama untuk mengenali dan mencipta kehidupan. Sistem pendidikan amat berkait rapat dengan ilmu pengetahuan. Manakala ilmu pengetahuan pula tidak dapat lari dari pembacaan, pengkajian dan penyelidikan. Sejarah mengakui bahawa Islam amat sinonim dengan ilmu pengetahuan, pembacaan dan penyelidikan. Wahyu pertama…

Air: Rahmat Yang Diabaikan

Air merupakan anugerah Allah s.w.t. yang amat berharga di dalam kehidupan manusia, tanpanya semua hidupan akan mati. Menurut Kamus Dewan, air boleh didefinasikan sebagai cecair yang terbentuk daripada dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen. Secara geografinya, air yang digunakan oleh manusia berpunca daripada air hujan. Air adalah anugerah Allah yang sangat bernilai kepada seluruh…

Hasad Dengki

Setiap orang yang mempunyai perasaan dan berakal memang mengetahui apa yang dinyatakan sebagai hasad dengki. Malah, kita mungkin pernah mengalami perasaan ini, iaitu satu perasaan irihati terhadap orang lain yang memiliki kebaikan atau kelebihan. Perasaan ini mungkin bersama dengan harapan untuk mendapat kebaikan atau kelebihan yang dimiliki oleh orang tersebut. Dan pada masa yang sama…

Generasi Muda Islam Perlukan Kekuatan Minda

Generasi muda di negara ini merupakan kelompok terbesar yang mengisi ruang populasi dan jumlah keseluruhan kependudukan negara. Dianggarkan sebanyak 50% daripada seramai lebih kurang 24 juta penduduk negara ini diisi oleh mereka yang berusia antara 15 hingga 40 tahun. Kadar ini membayangkan betapa negara ini dicorak oleh mereka sama ada dari segi keperluan sumber manusia,…

Kita, Amalan Membaca dan Perpustakaan

Bulan Julai telah dipilih sebagai bulan membaca peringkat kebangsaan. Bersempena dengan ini, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menganjurkan Program Bulan Membaca Perpustakaan Negara 2002. Pastinya ada yang melihat sambutan ini secara sinis seolah-olahnya bulan ini sahaja rakyat Malaysia membaca. Namun, saya ingin mengajak semua untuk melihat bulan ini seperti bulan Ramadan, yang mana ia merupakan…

Khalifah ‘Umar Bin ‘Abdul ‘Aziz

Hukama’ mengatakan, “Dunia ini didukung oleh empat tiang; kebijaksanaan golongan cendekiawan, keadilan pemerintah, doa orang yang jujur dan kegagahan orang yang berani.” Pepatah ini sememangnya sangat tepat kerana hanya golongan cendekiawan yang bijaksana, pemerintah yang adil, orang jujur yang berdoa serta orang berani yang gagah sahaja dapat memakmurkan dan meneguhkan bumi ini. Selain itu, mereka…

Nasionalisme dan Perpaduan Melayu dalam Arus Politik Perdana Menurut Islam

Saya percaya semua rakyat masih lagi terasa bahang Perhimpunan Agong UMNO yang berlaku pada minggu lalu. Ini kerana perhimpunan kali ini mempunyai kisahnya yang tersendiri. Kisah yang memberi kesan dramatik kepada senario politik Melayu di Malaysia, dan seterusnya kepada perjalanan pemerintahan negara. Apabila Dr. Mahathir menyuarakan hasrat beliau untuk mengundurkan diri dan kemudiannya pada hari-hari…

Strategi Mengelakkan Ketagihan Internet

Adakah kehadiran teknologi maklumat dan internet dalam dunia ini telah menjadikan sesetengah kelompok individu menghidapi sejenis penyakit atau kecelaruan yang dikenali sebagai ketagihan internet (internet addiction disorder) atau pun ketagihan komputer? Adakah ia sejenis penyakit baru, yang sebelum ini tiada dalam istilah perubatan? Atau mungkinkah sejenis gangguan yang telah sedia ada dalam diri individu terbabit,…

Sifat Sombong atau Takabbur

Perjalanan hidup sebagai seorang muslim sebenarnya adalah suatu perjalanan seorang hamba kepada Penciptanya yang mengharapkan keredaan dan keberkatan-Nya. Mengorak langkah perjalanan ini akan menemukan kita dengan pelbagai persoalan dan permasalahan hidup. Persoalan mengenai pengabdian kita terhadap Pencipta dan permasalahan hidup sesama manusia. Apabila kita berurusan dengan manusia, bermakna kita berhadapan dan berurusan dengan kerenah dan…

Guru: Pelita Sepanjang Hayat

Guru atau pendidik disanjung dan dimuliakan kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka. Dalam sebuah Hadith, Rasulullah s.a.w. bersabda : Terjemahan : “Kelebihan orang yang berilmu berbanding `abid samalah seperti kelebihan bulan purnama berbanding segala bintang.” (Sunan Abu Daud dan Sunan al-Tirmizi) Kelebihan yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. ini ternyata disebabkan manfaat ilmu yang disampaikan oleh…